Di jalan raya UK, ada satu plat nombor yang sangat eksklusif, dan ia bukan milik selebriti atau ahli perniagaan kaya. Sebaliknya, plat nombor “1M” dimiliki oleh kerajaan Malaysia dan digunakan secara rasmi oleh Duta Besar Malaysia ke UK.
Plat ini bukan sekadar kombinasi huruf dan nombor biasa. Jika ia dilelong hari ini, nilainya boleh mencecah lebih £1 juta (RM6 juta).
Kenapa Plat 1M Sangat Berharga?
Di UK, plat nombor peribadi boleh menjadi simbol status dan pelaburan bernilai tinggi.
Tidak pasti kenapa Plat ‘1M’ mahal, namun melihat di ruangan komen boleh dijangka bahawa ia mahal kerana bersifat eksklusif hanya ada satu di dunia, huruf M tersebut dipercayai mewakili ‘Malaysia’ dan terakhir ia dimiliki oleh bukan individu biasa, tetapi kerajaan Malaysia sendiri.

Seperti yang didedahkan dalam video TikTok yang kini tular, plat 1M ini merupakan special issue kepada Kedutaan Malaysia di London, dan digunakan untuk kenderaan rasmi Duta Besar Malaysia ke UK.
Berapa Nilai Plat Nombor Paling Mahal di UK?
Untuk gambaran, beberapa plat nombor peribadi lain di UK pernah dijual pada harga luar biasa:
- 25 O – £518,000 (RM3.2 juta) – Digunakan pada Ferrari klasik.
- F1 – £10 juta (RM60 juta)
- 1M – Dianggarkan lebih £1 juta (RM6 juta) jika dijual.

Walaupun “1M” belum pernah dilelong, nilainya tetap tinggi kerana keunikan dan sejarah pemilikannya.
Bolehkah Plat 1M Dibeli?
Jangan harap. Plat ini tidak akan dijual, kecuali kerajaan Malaysia secara rasmi melepaskannya—hampir mustahil berlaku.
Lagipun, ia menjadi identiti rasmi kedutaan Malaysia di UK sejak sekian lama.

Namun, jika ia tiba-tiba muncul dalam lelongan, pastinya akan menarik perhatian pembeli dari seluruh dunia, termasuk jutawan Malaysia yang mahu menambah koleksi eksklusif mereka.