Jika sebelum ini, seorang YouTuber teknologi terkenal telah mengeluh bagaimana harga aksesori biasa telah diubah suai dengan harga yang tinggi, kini seorang expat pula berkongsi pengalamannya sendiri.
“Plaza Low Yat buat saya jadi gila” inilah ucapan yang terungkap di awal video yang dimuat naik oleh expat di TikToknya. Menurutnya, tempat ini penuh dengan penipu sekaligus membuatkan dia merasa ‘gila’.
Oleh itu, dia berkongsi sebab yang membuatkan dia menjadi seperti itu.
“Ini sebabnya, sebaik anda masuk ke salah satu kedai untuk membeli telefon pintar ata komputer riba, mereka akan mengecaj anda lebih 4% untuk pembayaran menerusi kad hal ini kerana mereka tidak mahu terima pembayaran itu.
“Jadi mereka tambah caj ekstra kepada anda. Selain itu, iPhone 17 Pro Max telah dilancarkan dua bulan lalu, tetapi mereka masih mengenakan caj RM200 ataupun RM400 di salah satu kedai berbanding harga di Apple Store,” jelasnya.
Dia juga menegaskan Apple Store sudah mempunyai stok buat pelanggan, jadi tiada logik untuk orang ramai membeli dari Plaza Low Yat tetapi ada baiknya terus ke kedai rasmi Apple sahaja.
@expatdiariesbb
Oleh itu, lelaki itu sekali lagi berpesan kepada orang ramai untuk menghindari tempat ini jika membeli barang yang mahal. Yang boleh dipertimbangkan hanya aksesori kecil seperti USB dan seumpamanya yang realitifnya harga rendah.
Video yang tular telah meraih perhatian netizen tempatan dan majoritinya bersetuju dengan kenyataan lelaki itu dan percaya sudah ramai tidak pergi ke tempat itu lagi.
“Memang betul. Ramai sungguh penipu, terutamanya pekerja/pemilik asing. Saya sebagai penduduk tempatan pun tidak pernah pergi mencari sebarang barangan telefon di Low Yat. Dan saya setuju dengan anda… jauhkan diri dari Low Yat.”
Salah seorang netizen turut menekan bagaimanan manipulatif pihak kedai yang sengaja mengenakan caj ekstra untuk pembayaran menerusi kad kredit.
“Saya sudah bertahun-tahun berhenti membeli barang di Plaza Low Yat disebabkan oleh surcaj kad kredit 3% itu. Di Malaysia, peniaga tidak dibenarkan mengenakan bayaran tambahan (surcaj) ke atas pelanggan kerana menggunakan kad kredit.”