Para pemegang konsesi lebuh raya, yang diketuai oleh PLUS Expressways Bhd (PLUS), dilaporkan telah bekerjasama untuk membangunkan sistem Multi Lane Free Flow (MLFF) mereka sendiri.
Mereka sedang mencari penyelesaian untuk mengelak berlaku salah guna dan eksplotasi keuntungan ketika pelaksanaannya, lapor The Edge.
Baca Juga:
- Untuk Jimatkan Perbelanjaan Kerajaan, Tiada Lagi Tol Percuma Sempena Perayaan
- Kerajaan Bakal Teliti Semula Keputusan Henti Pemberian Tol Percuma
- Sistem Pembayaran Tol Tanpa Palang Bakal Mula Diuji Pada Tahun Hadapan
Syarikat konsesi juga sedang berusaha untuk menjalinkan hubungan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menguatkuasakan penalti ke atas pemandu yang memintas sistem dengan konsisten tidak mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun mereka untuk membayar tol.
“Tiada peraturan yang membenarkan syarikat konsesi mengejar mereka yang tidak membayar tol sebaik sahaja mereka meninggalkan lebuh raya.
“Objektif jalinan dengan RTD adalah untuk memastikan pemandu yang berhutang dengan pemegang konsesi perlu membayar sebelum memperbaharui cukai jalan mereka,” kata seorang eksekutif industri.
PLUS yang merupakan pemilik dan pengendali lebuh raya terbesar di negara ini, dijadual memulakan sistem MLFF sendiri menjelang April, petik laporan itu lagi.