Bencana banjir yang menimpa beberapa lokasi di Malaysia nyata memberi kesan besar buat mereka yang terlibat. Terdapat keluarga yang terpaksa menanggung kehilangan nyawa dan juga kerosakan harta benda.
Insiden yang berlaku turut menjemput pihak berkuasa serta orang ramai untuk sama-sama membantu meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri menerusi perkongsian terbaru di Twitter rasmi beliau telah mengarahkan mana-mana menteri untuk membatalkan percutian ke luar negara. Selain itu, menteri yang berada di negera luar turut diarahkan untuk pulang segera.
Saya arahkan mana-mana menteri yang bercadang untuk bercuti ke luar negara utk BATALKAN dan menteri yang berada di luar negara ketika ini untuk PULANG SEGERA untuk bersama-sama membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan. pic.twitter.com/2xAfMkarkW
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) December 24, 2021
Difahamkan arahan yang dimaklumkan Perdana Menteri ini bertujuan dalam membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan. Diharapkan bantuan daripada orang ramai termasuk para menteri baik dari segi barangan keperluan, kudrat mahupun kewangan sekaligus bakal memudahkan urusan mereka yang terlibat dalam bencana banjir di beberapa buah negeri yang terlibat.
Tular pada minggu ini apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan turun membantu mangsa banjr tanpa ‘restu’ pihak atasan.
Angkatan Tentera Malaysia Turun Bantu Mangsa Banjir Tanpa ‘Restu’ Pihak Atasan
Utamakan Mangsa Banjir, Lelaki Ini Guna Brabus G700 6×6 Untuk Hantar Bantuan
Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang