Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Perdana Menteri Malaysia, Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyeru semua parti politik untuk ‘bertenang’ dan fokus kepada isu kritikal yang sedang melanda negara.
“Ketika ini, setiap indicator ekonomi di Malaysia menunjukkan keadaaan negatif. Ia akan menyebabkan kesukaran bagi negara untuk pergi ke hadapan jika tiada apa-apa dilakukan untuk mengekang kerosakan. Kadar menganggur makin meningkat, gaji dan pendapatan isi rumah menurun dan pelaburan ke Malaysia juga semakin perlahan,” kata Johari ketika temu bual bersama FMT.
Johari berkata demikian berdasarkan laporan Fitch yang dikeluarkan semalam di mana gross domestic product (GDP) Malaysia akan kekal statik dan tidak meningkat tahun ini.
Menurut Johari, perkara pertama yang perlu dilakukan pada ketika ini adalah melantik perdana menteri interim dan calon tersebut mestilah seorang yang tidak mempunyai cita-cita politik jangka masa panjang.
“Seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi pasti mahu kekal berkuasa sehingga selepas pilihan raya akan datang yang seterusnya bakal mengakibatkan huru hara dalam situasi politik negara,” tegas beliau.
Beliau berkata cara terbaik yang ada pada ketika ini adalah untuk memilih seseorang yang dapat mewakili negara tanpa memikirkan ideologi parti secepat mungkin. Beliau menambah pada ketika ini, tiada individu yang mempunyai majoriti di parlimen dan tiada parti gabungan yang dapat cukup sokongan untuk menubuhkan sebuah kerajaan.
Johari menegaskan bahawa pentadbiran baharu negara perlu terus menggembleng tenaga untuk menyelesaikan 4 perkara ini; pandemik COVID-19, kesihatan serta kebajikan rakyat, pengurusan kewangan negara dan menghidupkan kembali ekonomi.
Dengan kadar vaksinasi yang pantas di dalam negara, negara kini dalam landasan yang betul untuk mencapai herd immunity. Tidak mustahil untuk ekonomi negara kembali pulih sedikit masa lagi dengan kepimpinan yang berkualiti.
Kerajaan Umum Kelonggaran Buat 11 Jenis Aktiviti Ekonomi Buat Penerima Vaksin Di Negeri Fasa 1 PPN
Negara Perlukan PM Interim Berwibawa Untuk Pulihkan Ekonomi – Johari Abdul Ghani