Tular menerusi beberapa portal media sebelum ini apabila dikhabarkan kabinet Kabinet Perpaduan dijangka bakal menjalankan rombakan. Hal ini sekaligus telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persoalan di kalangan orang ramai.
Terbaharu, temu bual ringkas wartawan Melissa Goh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan segalanya apabila beliau memaklumkan tiada rombakan kabinet bakal berlaku pada hari ini.
JUST IN : No cabinet reshuffle tomorrow says PM Anwar . Heβs leaving for Sabah then to Abu Dhabi next . On haze, he said the government is monitoring closely , minister Nik Nazmi will get in touch with his counterpart in Indonesia. pic.twitter.com/evK76Snbv0
— Melissa Goh (@MelGohCNA) October 3, 2023
Difahamkan ura-ura berlaku rombakan kabinet ini tular selepas PMX difahamkan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong tidak berbincang mengenai isu tersebut.
Beliau dijangka berangkat ke Sabah dan seterusnya ke Abu Dhabi untuk urusan kerajaan. Sementara itu, beliau memaklumkan sentiasa memantau isu jerebu yang berlaku dalam negara.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad difahamkan bakal menjalankan rundingan dengan negara seberang, Indonesia bagi membincangkan isu yang semakin kritikal ini.