Poco Malaysia baru sahaja melancarkan dua model untuk kelas flagship mereka iaitu Poco F5 dan Poco F5 Pro. Kedua-dua model ini membawakan spesifikasi yang menarik pada harga berbaloi.

Seperti biasa, model kali ini memperlihatkan beberapa perubahan seperti paparan skrin baharu yang berkualiti, sistem audio yang baik serta jangka hayat bateri yang mantap. Anda boleh teruskan bacaan untuk ketahui spesifikasi lanjut.

Baca Juga:

Poco F5

Sumber Gambar: Poco

Poco F5 merupakan sebuah peranti kelas pertengahan premium.Poco F5 ini hadir dengan skrin 6.67″ FHD+ Flow AMOLED DotDisplay dengan sokongan refresh rate 120Hz dan paparan Dolby Vision.

Poco F5 adalah peranti pertama di Malaysia dan di peringkat global yang dijana dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2. Kemudian, ia dipadankan dengan memori RAM LPDDR5 mencapai 12GB namun storan dalam terhad kepada 128GB dan 256GB sahaja.

Sumber Gambar: Poco

Untuk aspek fotografi pula, terdapat konfigurasi kamera adalah 64+8+2 Megapixel dengan ciri penstabilan video OIS di samping kamera swafoto 16MP.

Peranti ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 67W yang boleh mengecas peranti dari 0% ke 100% dalam masa 50 minit. Terdapat ciri menarik lain seperti sokongan rangkaian 5G, ciri kalis air IP53 , speaker stereo Dolby Atmos dan pengimbas cap jari.

Sumber Gambar: Poco

Untuk Poco F5 hanya ada dua variasi iaitu RM1,699 untuk varian 8/256GB dan RM1,799 untuk varian 12/256GB. Menariknya, di Shopee anda boleh dapatkan pasa harga serendah RM1,399 untuk diskaun pelancaran bermula 9 Mei ini dengan pilihan warna iaitu biru, hitam dan putih.

Poco F5 Pro

Sumber Gambar: Poco

Sesuai dengan namanya, anda boleh menjangkakan penawaran spesifikasi yang mantap menerusinya. Poco F5 Pro hadir dengan skrin 6.67″ WQHD+ Flow AMOLED DotDisplay dengan sokongan refresh rate 120Hz dan paparan Dolby Vision.

Model ini dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan memori mencapai 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 512GB UFS 3.1. Sokongan memori maya Dyanmic RAM Expansion 3.0 boleh mencapai sehingga 7GB RAM.

Sumber Gambar: Poco

Untuk kamera peranti ini menggunakan konfigurasi 64+8+2 Megapixel dengan sensor utama mempunyai OIS, sistem fokus yang lebih terperinci, sokongan rakaman video 8K, penggunaan seakan untuk profesional dan turut dipadankan dengan kamera swafoto 16 Megapixel.

Memandangkan ini versi Pro, maka model ini hadir dengan bateri sebesar 5,160mAh bersama pengecasan 67W dan buat pertama kalinya peranti pada Poco mempunyai sokongan pengecasan wireless 30W.

Sumber Gambar: Poco

Peranti ini hadir dengan ciri lain termasuklah mempunyai enjin getaran paksi-X, memiliki penarafan perlindungan kalis air IP53, pengimbas cap jari di bawah skrin, sistem dual-speaker Dolby Atmos dan masih mengekalkan sensor inframerah.

Kedua-dua peranti ini menampilkan rekaan yang lebih premium di samping memuatkan spesifikasi terkini pada harga yang lebih murah. Dengan ini, orang ramai boleh menikmati pengalaman penggunaan peranti premium untuk tempoh jangka masa panjang.

Sumber Gambar: Poco

Untuk Poco F5 Pro ia dijual pada harga bermula RM2099 untuk 8/256 GB, RM2199 untuk 12/256 GB dan RM2399 untuk 12/512 GB. Sempena pelancaran  ini anda boleh dapatkan peranti ini dengan harga RM1999, RM2099 dan RM2199 secara eksklusif di Lazada bermula 9 Mei.

Sumber