Sebelum ini Pokemon GO! menjadi fenomena apabila kebanyakkan orang ketagih bermain permainan tersebut. Kini, Nintendo berkolaborasi dengan Niantic bakal tampil dengan Pokemon Sleep, kesinambungan daripada Pokemon GO!.

Pokemon Sleep ini akan membolehkan anda menangkap Pokemon ketika tidur berbanding sebelum ini yang memerlukan anda berjalan. Malah, Pokemon Go Plus + juga akan diperkenalkan yang berfungsi sebagai pedometer dan penjejak tidur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, Pokemon Sleep ini akan dilancarkan pada tahun 2020. Adakah permainan ini akan menjadi kegilaan ramai orang seperti Pokemon GO! satu ketika dahulu? Adakah anda sudah bersedia untuk permainan tersebut?