Pada hari semalam tular satu klip video seorang anggota tentera memukul isterinya di hadapan jiran-jiran dalam kejadian di sebuah flat.

Ketika jiran cuba menenangkan keadaan, tentera itu didakwa turut mengugut untuk membunuh isterinya dan kelihatan memegang sesuatu (dipercayai objek tajam) dan mengacukan kepada mangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan berkaitan video tular itu. Kejadian tersebut berlaku di sebuah flat di Sungai Udang.

Memetik Buletin TV3, Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 15 Disember lalu dan satu laporan polis juga diterima daripada seorang wanita berusia 38 tahun kerana dipukul suaminya.

“Siasatan juga mendapati suami mangsa yang berusia 25 tahun bekerja di sebuah kem di Sungai Udang dan kejadian itu berlaku di sebuah flat di kawasan berkenaan.

“Polis sudah memanggil lelaki itu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan laporan mangsa, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber