Sejak semalam tular kejadian samun di stesen minyak di mana seorang wanita disamun di sebuah stesen minyak. Polis telah mengesahkan kejadian itu dan sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian samun tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 14 saat di Facebook yang dimuat naik jam 7.30 malam semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Rakaman video berkenaan memaparkan kejadian samun berkawan yang membabitkan mangsa iaitu seorang wanita tempatan di stesen minyak berkenaan.

“Hasil semakan dilakukan mendapati kejadian samun itu berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi membabitkan dua suspek lelaki yang belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan.

Zam Halim berkata selepas mengisi minyak, wanita itu membuka kunci kereta dan suspek dengan pantas menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

“Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa dan anggaran kerugian sebanyak RM500. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” tambah Zam Halim.

Zam Halim menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghubungi pihak polis sekiranya mempunyai maklumat sekiranya berhubung kejadian ini.

Orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber