Jika Columbia terkenal dengan Pablo Escobar sebagai raja dadahnya dan Mexico pula memiliki El Chapo Guzman sebagai raja dadah di sana, Malaysia juga kini mempunyai raja dadahnya yang tersendiri.

raja dadah columbia, pablo escobar
gambar hiasan: pablo escobar

Walaupun raja dadah yang kini berada dalam buruan pihak Polis Diraja Malaysia ini masih belum mempunyai nama gelarannya yang tersendiri, namun pendedahan yang dibuat pihak PDRM hari ini pasti akan mengejutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
elchapooo
gambar hiasan: el chapo guzman

Manakan tidak, hasil rampasan aset daripada raja dadah yang dikatakan berasal dari salah sebuah negeri dari utara Semenanjung itu hampir mencecah nilai RM400 juta.

Dalam sidang media yang diadakan oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini di Kuala Lumpur, beliau mendedahkan rampasan yang bernilai RM366 juta itu berjaya dilakukan selepas Ops Eagle dilaksanakan sejak September tahun lalu.

Antara aset yang disita dalam ops tersebut adalah wang tunai sebanyak RM6,960, wang dalam akaun (RM21 juta), saham (RM143 juta), hartanah (RM198 juta), kenderaan (RM2.7 juta) dan barangan kemas (RM51,800).

Selain itu, pihak polis juga berjaya merampas 12 tan dadah jenis kokain yang dicampur dengan 60 tan arang dalam operasi tersebut.

Menurut laporan portal Free Malaysia Today, rampasan yang diumumkan hari ini juga adalah merupakan rampasan terbesar yang pernah dilakukan dalam negara.

Pihak polis bagaimanapun melaporkan mereka masih gagal untuk menahan raja dadah tersebut selepas dia melarikan diri ke negara jiran dan menyembunyikan diri di sana ketika operasi dijalankan sebelum ini.

Tahukah anda tentang kisah perang dadah kartel Sinaloa di Mexico telah mengorbankan ratusan ribu orang dan membuatkan kerajaan di sana kecut perut. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Serius Ganas, Kisah Kartel Sinaloa Yang Buatkan Kerajaan Mexico Kecut Perut

Bahaya ‘Syabu’ Dan Kesannya Kepada Pengguna Dadah Jenis Ini

Anak Presiden Filipina Dikaitkan Dengan Penyeludupan Dadah Bernilai RM523 Juta

Sumber