Jika sebelum ini pihak polis telah memilih untuk menggunakan kereta dengan kuasa kuda yang tinggi serta berbunyi garang, pada kali ini pihak Ontario Provincial Police (OPP) yang berpengkalan di Canada telah memilih untuk menggunakan Tesla Model X.

Melalui model yang diumumkan Ontario Provincial Police (OPP), Model X ini bakal disertakan dengan lampu rasmi polis serta siren. Logo rasmi OPP dengan padanan jalur hitam putih antara yang disertakan sebagai trademark rasmi.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dalam pada itu, kereta ini mungkin tidak akan digunakan untuk mengejar penjahat pada masa terdekat ini memandangkan beberapa aspek perlu diberi perhatian sebelum digunakan untuk menjalankan tugas.

Setakat ini, rekaan dan cadangan ini masih lagi diperingkat awal namun agak menarik untuk membayangkan pihak polis berpeluang untuk mengejar penjahat dengan pantas dibantu oleh enjin yang senyap di atas jalan raya.

Sumber