Pada lewat hari semalam tular satu rakaman video berdurasi kurang 20 saat yang memaparkan seorang gadis ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk dilibas selipar oleh seorang remaja lelaki.
Mangsa hanya mampu menundukkan diri sambil menutup muka semasa diserang bertubi-tubi oleh penyerang terbabit. Sementara itu kedengaran suara individu yang merakam kejadian itu mentertawakan kejadian yang sedang berlaku di hadapannya pada waktu itu.
Baca Juga:
- SIRIM Nafi Buat Ujian Klinikal, Netizen Kecam ‘Founder’ Produk Kosmetik Kelirukan Orang Ramai
- ‘1 Malaysia Kena Scam’ – Caprice Bongkar Isu Wanita Mahu Dedah ‘Sisi Gelap’ Beliau
- Puluhan Peniaga Bundle Mengamuk Kena ‘Scam’ Dengan Penganjur Dan Influencer TikTok
Anyone ada more info on this? Please respond if you do 😰 pic.twitter.com/1aAGA44M6h
— Neelofa (@Neelofa) October 30, 2022
Rakaman video pendek yang dikongsikan melalui Twitter @neelofa itu telah mendapat kecaman netizen kerana remaja lelaki itu bertindak ganas membelasah gadis berkenaan tanpa belas kasihan.
Memetik laporan Harian Metro, video berkenaan didakwa berlaku di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.
Ada netizen berkongsi tangkap layar mesej WhatsApp dan IG Story menyatakan kejadian berkenaan melibatkan adik-beradik yang mana gadis tersebut menipu abangnya, lalu keluar dengan lelaki lain sambil meninggalkan ibu mereka terlantar sakit keseorangan.
bukan sumber sahih. dapat pun dari whatsapp status & one of my sabahan friend. apa apa pun lelaki tu tetap tak layak nak hentam budak perempuan tu macamtu, too much. nak nangis kita tengok pic.twitter.com/3ivw7S9aPY
— khyra (@khayrawknd) October 30, 2022
skali lgi,ni bkan sumber sahih ya. still tk tahu punca betul dia kenapa. tapi it doesn't matter whether this is caused by sibling problems or relationship problems,
tk sepatutnya dia kena pukul teruk mcm tu. dah, ni pndangan saya. saya hormat pandangan org lain. salah kata, maaf— khyra (@khayrawknd) October 30, 2022
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu.
“Pihak kami sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan dan meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu,” kata Asisten Komisioner Mohd Zaidi.