Seorang lelaki gigolo bersama dengan 2 teman wanitanya telah ditangkap oleh polis atas kesalahan jenayah seksual.

Lelaki itu telah merakam dan menjual puluhan klip video lucah dia sendiri bersama dengan lebih 20 orang wanita.

Baca Juga:

Ini termasuk wanita yang membayarnya upah untuk memuaskan nafsu mereka. Siasatan polis mendapati bahawa, lelaki tersebut menjual video tersebut yang dilanggan lebih 2,600 orang tempatan.

Yuran yang dikenakan adalah sekitar RM20 sehingga RM100, bagi mereka yang mahu menyaksikan aksi tersebut. Dan suspek meraih pendapatan sekitar RM120,000 dalam enam bulan terakhir ini.

Dipetik daripada laman Buletin Utama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata:

“Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat.”

Suspek yang baru berusia 31 tahun aktif menjual video aksi tidak senonoh itu di media sosial sejak Julai lalu. Dan dia ditangkap di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang pada 2.30 petang semalam.

Selain lelaki tersebut, Polis turut menangkap dua teman wanitanya, masing-masing berusia 23 dan 27 tahun, yang turut terlibat dalam aksi seks video yang dijual kepada orang ramai.

Polis juga mengesahkan bahawa ayah suspek turut tinggal bersama sama dengan suspek di rumah tersebut.

Suhaily menambah: “Siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial sejak awal tahun lalu.

“Namun untuk mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara merakam video lucah bersama teman wanitanya sebelum menjual klip video adegan berkenaan dalam tiga saluran media sosial sejak Julai tahun lalu”.

“Tidak hanya teman wanitanya, suspek juga yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo (diupah untuk khidmat seks). Siasatan mendapati beliau merakam aksi seksnya meniduri sekumpulan wanita yang dikenalinya menerusi media sosial untuk dijual,” katanya

Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata setelah pembayaran dibuat oleh pelanggan untuk menonton klip video itu, suspek akan menghantar pautan kepada pelanggan untuk menonton video lucah yang dirakam itu.

“Pada masa ini suspek dan dua teman wanitanya yang ditahan turut dikesan melakonkan aksi lucah dalam video seks yang dijual. Selain itu, kami berusaha mengesan wanita lain yang turut terbabit dalam puluhan rakaman video yang dikesan.

“Polis menemui kesemua aksi rakaman suspek melalui rampasan lima telefon bimbit milik suspek dan dua teman wanitanya selain dua kad ATM yang digunakan sebagai akaun langganan.”

Kini suspek dan dua teman wanitanya telah direman selama 5 hari oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Polis menyatakan bahawa ini adalah kes pertama yang seumpama itu dikesan di negara ini. Polis memberikan amaran bahawa mereka akan membanteras aktiviti tidak bermoral itu secara besar besaran. Kerana ianya boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dalam masyarakat.