Naim Daniel buat laporan polis selepas menyatakan menerima ugutan bunuh daripada netizen yang mahu membunuh ibu dan bapanya.

Naim Daniel membuat laporan polis tersebut di Semenyih. Dan tidak lama selepas itu dia dipanggil ke IPD Nilai untuk diambil keterangan.

Naim Daniel sebelum ini mengecam kempen Blockout ke atas artis Malaysia. Menyebabkan dia dikecam teruk oleh segelintir netizen.

Naim Daniel malah disenaraikan dalam senarai artis untuk diboikot. Kemudian ada seorang pengguna media sosial telah mengugut bunuh ibu dan bapanya.

Dipetik daripada Harian Metro, Naim Daniel berkata: “Komen individu itu sangat melampau. Saya tidak boleh berdiam diri apatah lagi komen itu mengancam keselamatan saya dan keluarga.”

Naim seterusnya menyatakan bahawa polis sudah pun mendapat maklumat individu berkenaan. Naim Daniel menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.

Naim Daniel memuat naik tangkap layar komen netizen tersebut yang menurutnya sudah melampau.

Naim Daniel akui bahawa, komennya di X tentang Blockout 2024 telah mengundang kecaman netizen. Namun ramai yang memberikan komen merepek menurut penyanyi dan pelakon itu.

Naim Daniel menambah: “Komen mereka sangat merepek dan tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang saya cakap di X.

‘Jangan Ghuluw’ – Ibu Bapa Kena Ugut Bunuh, Naim Daniel Ambil Tindakan

“Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan.

“Saya berpesan supaya tidak bersifat “Ghuluw” atau melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan.

“Pada akhirnya saya dikatakan ‘terpaling’. Malah siap ada mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya.”

Naim Daniel menegaskan bahawa dia tidak sesekali pernah mengabaikan atau menidakkan kesengsaraan saudara seagamanya di Gaza.

“Malah saya juga tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong rejim laknatullah,” kata beliau lagi.