Seorang pengguna media sosial bertindak agresif apabila mengugut bunuh ibu bapa pelakon dan pempengaruh, Naim Daniel.
“Ini kalau jumpa mak pak hang (kau), aku sembelih hidup-hidup,” tulis pengguna akaun Instagram @syxmzxk.
Baca Juga:
- ‘Bukan Semua Orang Perlu Buat Podcast’ – Naim Daniel
- ‘Sama Sahaja Dengan Israel, Opportunist’ – Naim Daniel Kritik Usahawan Jual Barangan Tema Palestin
- ‘Saya Rasa Itu Satu Tanggungjawab’ – Naim Daniel Akan Terus ‘Berdebat’ Di Media Sosial
Memetik laporan Harian Metro, Naim kemudiannya dipanggil pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan untuk diambil keterangan.
“Komen individu itu sangat melampau. Saya tidak boleh berdiam diri apatah lagi komen itu mengancam keselamatan saya dan keluarga.
“Saya dimaklumkan oleh polis yang mereka sudah dapat semua maklumat individu berkenaan. Jadi, saya serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Harian Metro.
Memetik laporan itu lagi, Naim menjelaskan dia menjadi sasaran orang ramai pada ketika ini gara-gara hantaran X.com yang meminta orang ramai bersifat ‘Ghuluw’ atau melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan.
“Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #Blockout2024 maka terangkan kepada saya, apakah dihalalkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa atas nama boikot?” tegas Naim.
Dalam pada itu, artikel ini ditulis, akaun Instagram lelaki itu sudahpun dinyah-aktif. Naim turut berkongsi tangkap layar beberapa komen daripada netizen lain yang bersifat ‘Ghuluw’.