Sebelum ini Polis Kelantan melaporkan bahawa ramai pengasas produk dan pempengaruh di wilayah tersebut disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dan aktiviti mencuci wang.

Pada masa sama mereka dikesan mempunyai pasukan dan rangkaian yang lengkap dalam menjalankan kegiatan terlarang itu, lapor Berita Harian.

Baca Juga:

Menurut, Ketua Polis Kelantan,Datuk Mohd Yusoff Mamat,  menyatakan bahawa kumpulan ini terlibat dalam skala yang lebih besar daripada sekadar pengedaran dadah biasa; mereka adalah ketua sindiket yang juga terlibat dalam pengubahan wang haram

“Mereka ini adalah ketua untuk setiap sindiket dan mempunyai rangkaian atau pasukan yang lengkap bagi menjalankan kegiatan terbabit iaitu dari segi tempah, ambil, hantar dadah, siapa pembeli dan sebagainya.

“Peranan usahawan kosmetik dan pempengaruh ini adalah penyuntik modal dan menerusi proses sebarang jual beli dadah, mereka akan menggunakan individu lain supaya kegiatan itu tidak boleh dikaitkan dengan mereka.

“Memang mereka ini licik dan menggunakan strategi tertentu sehingga menyukarkan pihak pasukan polis bagi mengaitkan mereka adalah dalang di sebalik kegiatan itu.

“Mereka ini berselindung di sebalik perniagaan kosmetik dan beberapa perniagaan lain supaya kegiatan terlarang mereka sukar dikesan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menambah bahawa beberapa pengasas produk dan pempengaruh kini sedang dipantau oleh pihak polis kerana gaya hidup mewah mereka yang mencurigakan, sedangkan produk yang mereka pasarkan adalah produk biasa.

“Fikir logik, produk kosmetik mereka orang tidak kenal pun dan mungkin tiada siapa yang beli, namun di rumah mempunyai deretan kereta mewah, boleh pakai Lamborghini dan sebagainya.

“Tunjuk duit berkepuk-kepuk di media sosial padahal baru beberapa bulan keluarkan produk. Jadi kekayaan mereka adalah luar biasa.

“Saya mendedahkan perkara ini berdasarkan maklumat yang ada dan bukan bercakap kosong. Ini adalah amaran keras saya kepada kumpulan berkenaan,” katanya lagi.

Sumber