Pencipta kandungan kreatif yang terkenal dengan perwatakannya yang lawak, Ryan Bakery memberitahu dia pernah ditipu ratusan ribu oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan atas sikap jujurnya.

Menurut laporan, Ryan enggan menoleh ke belakang kerana itu dugaan buatnya. Bahkan, dia semakin bersemangat untuk teruskan kehidupan dengan melunaskan pelbagai tawaran yang semakin mencurah.

Baca Juga:

Tambahnya, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery mengakui pengalaman buruk itu mengajarnya menjadi lebih kuat untuk mengharungi cabaran dalam hidup terutamanya dia mengambil keputusan untuk menceburi dalam bidang seni.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan selalu ditipu tentang duit. Setelah susah payah mencari rezeki dengan menghasilkan kandungan kreatif untuk umum dan apabila tidak dihargai usahanya itu, dia berasa sukar untuk mempercayai orang lain.

“Awal tahun ini, saya pernah ditipu hingga mengakibatkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit apabila ada pihak yang meminta saya menghasilkan kandungan tidak membayar hasil kerja.

“Saya malas mahu panjangkan cerita, jadi saya halalkan sahaja perkara itu,” kongsinya ketika ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted Awards 2022, Khamis.

Selain aktif di media sosial selama dua tahun lalu, Ryan membina reputasi sendiri dengan membuat konten yang lucu iaitu mengimbau kenangan zaman persekolahan dan kanak-kanak untuk menghiburkan lagi hati peminatnya.

Karakter yang terkenal yang selalu diingati orang ialah mat songkok dan budak bedak yang sering memberi jelingan maut serta video air ‘mellow’.

Selain itu, nama Ryan semakin popular apabila dia berkolaborasi dengan pelawak terkenal, Shuib dalam beberapa buah video.

Menurut Ryan, dia juga berterima kasih dan bersyukur mendapat pengurus yang jujur dan boleh dipercayai, selain berpengalaman dalam industri hiburan.

Pada tahun hadapan, nama Ryan semakin memuncak naik dengan kemunculannya dalam beberapa filem dan drama, termasuk produksi arahan Pierre Andre.

https://www.instagram.com/p/CmMCH0EPwrl/?igshid=NTdlMDg3MTY=

Ryan Bakery turut tercalon dalam Gempak Most Wanted Awards 2022 bagi kategori Pencipta Kandungan Digital Tergempak bersama calon pempengaruh lain seperti Khairul Aming, Mek Yun, Syahmi Sazli dan Namie SMY.

Majlis anugerah tersebut akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 26 Februari depan.