Sebut tentang impian, pasti setiap orang memiliki impian. Malah, sejak kecil lagi kita miliki impian dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian kita.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @NasSuha_ telah berkongsi rahsia yang menjadikan beliau seorang pelukis sekarang. Untuk pengetahuan anda, beliau minat melukis sejak kecil lagi dan sering masuk pertandingan melukis anjuran KFC Fun Club.
When i was a kid, i used to enter those KFC fun club TV3 drawing contests. I sent few times & my mom was in charge to post those, until one day she came home with a big hamper and some other toys, told me that my drawing won the contest 🤩!
I was so happy back then until… https://t.co/U0ZLH2N4x4
— 𝐍𝐚𝐬 (@NasSuha_) January 23, 2020
Menurutnya, beliau sertai pertandingan tersebut banyak kali dan ibunya bertanggungjawab untuk menghantar lukisan-lukisan beliau. Pada satu hari, ibunya pulang ke rumah membawa hadiah dan memberitahunya menang pertandingan tersebut dan beliau pun berasa gembira.
Akan tetapi, rupa-rupanya beliau tidak memenangi pertandingan tersebut dan hadiah itu dibeli oleh ibunya. Beliau ketahui akan hal tersebut kerana makciknya memberitahunya.
Berkat ‘pembohongan’ ibunya memberi impak yang besar kepada dirinya kerana sokongan ibunya membuatkan beliau terus berkarya dan menyemai minat yang mendalam. Walaupun hal tersebut diketahuinya, beliau tidak pernah memberitahu ibunya dan hanya simpan rahsia itu untuk dirinya.
Berikutan perkongsian tersebut, rata-rata netizen cukup kagum dengan sokongan yang diberikan oleh ibunya dan mengatakan ini adalah satu contoh terbaik parenting. Malah, para netizen juga terinspirasi dengan kisah yang diceritakan oleh beliau.
inspiringnyaaa, moral of the story. just because others didnt see your talent doesnt mean you are not qualified. your mom made you believe you were a winner and thats who you are forever👍🙆 https://t.co/CWC7J2nTUH
— hi. (@ainaaziz23) January 23, 2020
https://twitter.com/arivinraj_turu/status/1220410037027442689
https://twitter.com/sioen/status/1220506418286981121
Children requires encouragement. If you see your child have a passion for doing something, be it cooking/dancing/painting etc. dont put him/her down because of it. We need more parents like your mother so our children can grow to be amazing human beings. Happiness= a better human
— Idontevenknowhowtounpackthat (@farisabd) January 24, 2020
Jangan pernah berhenti mengejar impian anda dan pastinya sokongan ahli keluarga akan membuatkan anda lebih bersemangat mencapai impian anda. Impian yang tercapai akan memberikan kemanisan dalam hidup anda, maka jangan sia-siakan peluang yang ada.
Sebut tentang seni lukis, kami pernah temubual Abdulrashade iaitu seorang pelukis grafiti. Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Cara Abdulrashade Harumkan Nama Negara Menerusi Seni Grafiti
Lelaki Ini Kongsi Hobi Ayahnya Bina Model Iron Man Daripada Kertas
‘Sponsor’ Pekerja Ke Mekah, Rupanya Ini Identiti Sebenar Lelaki Cina Yang Tular Di TikTok