Rakyat Indonesia melancarkan kempen tanda pagar #PolriMusuhBersama atau Polis Republik Indonesia adalah musuh bersama.

Ini selepas pihak polis dituduh melakukan keganasan ke atas rakyat yang berhimpun untuk protes.

Ada yang merempuh masuk ke dalam balai polis, tanda protes.

Di media sosial, warganet Indonesia mempersoalkan: “Siapa yang kamu nak hubungi, apabila polis sendiri adalah penjenayah!”

Sebelum ini tular video di mana seorang penghantar makanan meninggal dunia dirempuh oleh trak polis.

Insiden itu menyemarakkan lagi kemarahan rakyat Indonesia ke atas Polri.

ppolri
Foto: X

Ketua Bahagian Keselamatan Polis, Deputi Komisioner Abdul Karim mengesahkan bahawa 7 anggoita polis ditahan untuk siasatan berkaitan insiden tersebut.

Beliau berjanji siasatan adalah telus dan tindakan tegas akan diambil jika mereka didapati bersalah.

Rakyat Indonesia turun ke jalanan sebagai tanda protes ke atas kerajaan semasa. Mereka tidak berpuas hati apabila menteri dan ahli politik terus diberikan kemewahan, termasuk elaun rumah sekitar RM12,000 setiap seorang.

Sedangkan rakyat terus menderita dan berdepan tekanan ekonomi yang kian tenat. Ramai yang tidak ada pekerjaan termasuk mahasiswa.

Bulan Ogos yang sepatutnya menjadi bulan kemerdekaan Indonesia. Namun ramai rakyat yang mengibarkan bendera One Piece tanda protes.

Di  jalanan,  penunjuk perasaan terus bertembung dengan polis. Dan mereka kecewa dengan cara polis Indonesia mengendalikan demonstrasi tersebut.

Mereka meminta seluruh dunia terus mengikuti perkembangan di Indonesia, supaya lebih ramai yang sedar tentang situasi di negara tersebut, di mana polis telah bertindak ganas.