Di Gowa, Indonesia, polis di darah tersebut menyatakan bahawa mereka sedia melancarkan siasatan ke atas pontianak.

Ini selepas penduduk kampung mengadu kerap diganggu makhluk tersebut.

Baca Juga:

Sebelum ini telah tular di media sosial, pontianak bertenggek di atas pokok.

Lantas ramai netizen meminta pihak berkuasa untuk campur tangan menyiasat tentang perkara itu. Sama ada ianya benar benar pontianak atau orang yang membuat prank.

Mereka mendakwa terdapat suara aneh dipercayai daripada makhluk yang terbang melayang di atas kepala mereka.

Kejadian itu benar benar membuatkan ramai menjadi takut dan tidak tenteram.

Polis di Gowa Indonesia mengakui mereka ada mendengar tentang keresahan orang awam tentang perkara itu.

Lantas mereka meminta ketua kampung untuk tampil membantu polis dalam melancarkan siasatan ke atas pontianak tersebut. Namun mereka kekurangan maklumat.

Polis turut mengalu alukan orang ramai atau saksi kejadian pontianak untuk tampil dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Bontonompo Selatan, Ipda Rahmat mengesahkan setakat in masih tiada laporan polis dibuat tentang perkara itu. Polis hanya akan bertindak pada bila bila masa jika ada laporan daripada orang awam.

“Pihak polis sudah menghubungi ketua kampung. Dan ketua kampung memberitahu kami bahawa dia tidak tahu menahu tentang perkara itu,” tegas Rahmat, menurut laporan yang dipetik dari Detik.com.

Mereka yang ada maklumat tentang pontianak diminta tampil untuk membantu polis.