Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya merampas 1,400 kg daun ketum di sebuah kawasan tapak pembinaan terletak Jalan Baru Kampung Chedok, Bukit Bunga, semalam.

Rampasan tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota polis Bukit Bunga yang melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut malam semalam.

Dipetik daripada sumber Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, mendedahkan, ketika rondaan mereka mendapati ada kereta jenis van Toyota parkir dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Polis menggeledah van terbabit dan menemu beberapa bungkusan plastik hitam di dalam kenderaan itu disyaki mengandungi barang larangan.

Dipetik daripada sumber yang sama, Haki berkata: “Pemeriksaan lanjut dilakukan dengan membuka skru penyelak kunci di bahagian bonet belakang menemukan bungkusan plastik hitam yang disyaki mengandungi daun ketum dengan anggaran berat 1,400 kg.

“Kenderaan bersama semua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Polis sedang sedang mengenal pasti dan mengesan pemilik kepada barang rampasan tersebut. Orang ramai yang ada maklumat tentang perkara itu dialu alukan untuk menghubungi pihak polis.