Walaupun pihak berkuasa sudah memberikan amaran berulang kali, namun masih ada segelintir pengguna kereta MPV mewah menyalahgunakan lampu strob pada kenderaan masing-masing.

Pada Isnin lalu, memuat naik hantaran Facebook di mana anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah menahan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire yang dipandu oleh seorang lelaki berhampiran Kawasan Industri Batu Caves.

Baca Juga:

“Kenderaan itu dikesan menggunakan strobe light di bahagian cermin hadapan.

“Pemandu berusia 26 tahun itu telah disiasat di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” petik kenyataan JSPT.

JSPT menegaskan mana-mana pemilik kenderaan yang mengubah suai dan menggunakan lampu mata arah pada kenderaan persendirian adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan.

Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti kenderaan Polis, Bomba, Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.

Tambah JSPT lagi, anggota mereka sentiasa memantau penggunaan lampu mata pada kenderaan persendirian yang suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguatkuasa.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber