Seorang lelaki ditahan selepas dia menakutkan orang di sekeliling. Tindakannya yang ‘berbahaya’ itu mujur dikesan oleh pihak polis yang kebetulan berada di situ.

Bercakap kepada China Press mengenai kejadian itu, ketua polis daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata seorang pegawai polis sedang menjalankan tugasnya pada Isnin (2 Okt) apabila dia ternampak suspek berusia 19 tahun itu.

Baca Juga:

Apabila dia menyedari suspek membawa pistol bersamanya, pegawai polis itu segera menahannya.

“Siasatan awal kemudian mendapati suspek membeli pistol itu dari sebuah kedai mainan kerana ingin menunjuk-nunjuk dan berseronok dengannya. Kami juga mendapati dia mempunyai rekod jenayah kerana mencuri,” katanya.

Remaja berusia 19 tahun itu kekal dalam tahanan sehingga esok (5 Okt) dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senapang tiruan, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya.

Sumber