Sekumpulan pemandu Malaysia ditahan selepas tular tindakan mereka yang memandu sehingga mengganggu ketenteraman awam di kawasan berdekatan Greenway Night Market.
Memetik laporan tempatan, Kol. Pol. Aphichat Wannako (Ketua Balai Polis Kohong), bersama Lt. Kol. Pol. Phuwanon Wiriyanrangkun dan Lt. Kol. Pol. Thanawat Baimadpanjo (Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Balai Polis Kohong), serta Lt. Kol. Pol. Sak-Anan Khamsai (Ketua Bahagian Siasatan, Divisyen 1 Polis Pelancong) dan pasukan penyiasat Polis Pelancong, turun ke lokasi untuk memeriksa rakaman CCTV sepanjang laluan yang digunakan pemandu warga Malaysia terbabit.
Baca Juga:
- Rakyat Thailand Berang Orang Malaysia Lumba Haram Di Hat Yai
- Kena Lalui Proses Macam Orang Malaysia, JPJ Hentikan Penukaran Lesen Memandu Asing Mulai 19 Mei
- ‘Ramai Berani Lah’ – Netizen Singapura Tak Puas Hati Orang Malaysia Pecahkan Maserati Kemalangan
Kemudian, kira-kira jam 11 pagi, pegawai dapat mengesan dan menahan semua 6 kereta dalam klip video tular. Mereka mendapatkan khidmat pemandu pelancong sebagai jurubahasa sebelum mengadakan perbincangan berhubung undang-undang di bawah Akta Lalu Lintas Thailand.
Semua pemandu diminta menghormati undang-undang jalan raya di Thailand dan dikenakan denda mengikut Akta Lalu Lintas.
Pemandu Malaysia kena ‘sekolah’ sebelum keluar Thailand


Pemandu pelancong kemudiannya menterjemahkannya, dan kumpulan warga Malaysia terbabit memohon maaf kepada penduduk Hat Yai atas gangguan bising yang ditimbulkan dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pegawai Penyiasat, Mejar Polis Lt. Kol. Thanawat dari Balai Polis Kohong, mendedahkan bahawa tindakan diambil selepas penduduk tempatan membuat aduan mengenai pelancong dari Malaysia yang menghalang lalu lintas serta membuat bising sehingga mengganggu penduduk setempat.
Sementara itu tindakan undang-undang telah diambil mengikut Akta Lalu Lintas dengan jumlah keseluruhan empat pertuduhan.

Pertuduhan itu adalah aksesori kenderaan yang tidak mematuhi peraturan, aksesori kenderaan tidak lengkap, menghalang lalu lintas, memandu secara cuai dan berbahaya, serta pengubahsuaian kenderaan.
Selepas pegawai polis trafik dari Balai Polis To Hong selesai mengeluarkan saman, kumpulan warga Malaysia itu terus pulang ke Malaysia sebaik sahaja selesai perjalanan tiga hari mereka di Thailand.