Sejak 30 Januari baru-baru ini, seramai 403,637 calon sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 sehinggalah 15 Mac nanti, kata Kementerian Pendidikan (KPM).
Seorang pengguna TikTok @dakwanhaojie berkongsi rakaman pendek sebuah kereta peronda polis telah tutup laluan sementara menunggu sebuah lori kontena keluar dari kawasan perkarangan sekolah.
Baca Juga:
- Pamer Prestasi Cemerlang, Pemain PUBG Negara Terima Pingat Jasa Kebaktian Negeri Sembilan
- Mahir Masak Kuetiaw Goreng Seawal Usia 6 Tahun, Netizen Puji Cara Didikan Ibu Bapa Budak Ini
- Pengguna MRT Di Laluan Putrajaya Sedia Ditawarkan Dengan Pembayaran Secara Apple Pay
Ramai yang tertanya-tanya apakah ‘muatan berharga’ sehingga pihak polis perlu menjadi juruiring sehingga menutup jalan untuk memberi laluan kepada lori kontena tersebut.
@dakwanhaojie jangan nekan2 haa pelan2 jaga 🚨
Menurut komen-komen yang dikongsikan warganet, mereka memberitahu lori itu membawa kontena yang berisi kertas-kertas SPM pelajar sekolah tersebut.
Menurut netizen mereka turut ternampak lori kontena diiring beberapa kenderaan polis, mereka sangkakan dalam kontena itu mempunyai wang. Setelah menonton video itu barulah tahu rupanya ia berisi dengan kertas-kertas SPM.





Selain teruja mengetahui apa yang ada di dalam kontena itu, netizen juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya dan diberikan ketenangan sepanjang mereka menghadapi ujian peperiksaan itu.