Seorang lelaki memandu Singapura terpaksa menghadapi ‘hari yang panjang’ apabila kereta Porsche Macan yang dipandunya kena langgar dengan dua buah motosikal dalam masa selang beberapa saat sahaja.

Menerusi satu rakaman dashcam yang sedang tular pada ketika ini, semasa laluan trafik sedang perlahan kereta Porsche itu cuba menukar laluan dari lorong kanan ke lorong tengah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, sewaktu pemandu menukar lorong, datang sebuah motosikal dalam keadaan laju melanggar bahagian hadapan kiri SUV tersebut.

Pemandu Porsche itu segera masuk ke lorong tengah, memberhentikan kereta dan membuka lampu kecemasan untuk melihat penunggang dan pembonceng motosikal yang terjatuh selepas melanggar keretanya.

Sejurus sahaja pemandu lelaki mahu keluar daripada kereta, video dashcam menunjukkan sebuah lagi motosikal datang meluru melanggar pintu dan kemudian jatuh mengenai Toyota Vellfire putih di lorong kanan.

Pemandu itu dirakam mengangkat tangan seolah-olah mengatakan seperti tidak percaya apa yang berlaku kepadanya pada ketika itu.

Memetik laporan portal Singapura, Stomp, polis dimaklumkan kira-kira jam 5.55 petang mengenai kemalangan membabitkan sebuah Porsche, Toyota Vellfire, serta sebuah lagi kenderaan dengan dua motosikal di sepanjang AYE menghala ke Lebuhraya Pantai Marina.

Seorang pembonceng wanita berusia 20 tahun dan dua penunggang motosikal lelaki berusia 20 dan 48 tahun, masih dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Universiti Nasional.

Tambah portal itu lagi, polis masih menyiasat insiden yang berlaku itu.