Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, menyatakan kejadian pada jam 3.20 petang membabitkan Porsche Panamera dipandu lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an disebabkan mengambil telefon yang terjatuh.

Peniaga tersebut pemandu menggunakan telefon bimbit untuk membuka aplikasi Google Maps lalu telefon pintar itu terjatuh ke bawah kerusi, petik Berita Harian.

Namun tindakannya mengambil telefon tersebut telah menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri melepasi parit sebelum terhenti atas tebing di Jalan Sungai Rambai, Kuala Langat petang semalam.

“Pemandu tidak mengalami cedera dan mempunyai lesen memandu yang sah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Inspektor Mazrol Mohd Din di talian 03-31872222 atau 011-18539115 atau mana-mana balai polis berhampiran.