Portugal mencipta sejarah tersendiri apabila meraih kejuaraan UEFA Nations League atau Piala Negara Negara Eropah buat kali kedua selepas menegaskan Sepanyol di Allianz Arena, Munich .

Portugal juara nations league

Portugal-Sepanyol sengit

Perlawanan terikat 2-2 namun Portugal yang dipaksa dua kali bangkit dalam perlawanan ini telah menang dalam penentuan sepakan penalti 5-3.

Sepanyol bermula garang apabila Martรญn Zubimendi menjaringkan gol pertama pada minit ke-21 hasil dari kesilapan pertahanan Portugal Namun.

Nuno Mendes menyamakan kedudukan lima minit kemudian melalui rembatan keras yang mengejutkan penjaga gol Unai Simon.

Mikel Oyarzabal kembali meletakkan Sepanyol di hadapan sebelum rehat separuh masa pertama. Apabila pemain itu menghukum pertahanan Portugal dengan sepakan cantik.

Kedudukan menjadi seimbang sekali lagi pada minit ke-61 apabila kapten Cristiano Ronaldo, pada usia 40 tahun, meledakkan gol ke-138 antarabangsa melalui volley hebat dari umpanan Nuno Mendes โ€“ menghantar perlawanan ke masa tambahan.

Portugal Juara Piala Negara Negara Eropah Kali Kedua Selepas Tewaskan Sepanyol

Dalam penalti, hanya satu jaringan gagal dicetak โ€“ Alvaro Morata dari Sepanyol, diselamatkan oleh penjaga gol Portugal, Diogo Costa.

Dalam penalti penentu, Ruben Neves berjaya memastikan kemenangan Portugal 5โ€“3.

Prestasi cemerlang Nuno Mendes diiktiraf sebagai Man of the Match. Di mana dia bukan sahaja menjaringkan gol penyamaan awal, tetapi juga memberi impak besar pada kemenangan keseluruhan.

Mendes juga cemerlang bersama PSG sebelum ini menjuarak UCL yang melengkapkan kejuaraan treble PSG.

Kemenangan ini menjadikan Portugal sebagai negara pertama memenangi Nations League dua kali selepas edisi sulung 2019.

Bagi Ronaldo, trofi ini melengkapkan koleksi besar kariernya, sekali lagi mengukuhkan status legenda bola sepak antarabangsa. Ia sekaligus mengubati sedikit luka CR7 yang masih gagal memenangi trofi beberapa tahun ini bersama kelabnya Al Nassr.