Pos Malaysia mencatat kerugian bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025, lebih besar berbanding jumlah yang direkodkan pada suku yang sama tahun 2024.
Menurut perkongsian Ekonomi Rakyat, syarikat itu catat kerugian bersih sebanyak RM41.5 juta suku tahun ini berbanding RM19.6 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lepas.
Baca Juga:
- ‘CEO Pos Malaysia Bukan Bermaksud Rendahkan Kakitangan’ – Kesatuan Pekerja Minta Isu Tidak Diperbesarkan
- CEO Pos Malaysia Minta Maaf, Janji Respons Kepada Pekerja Lebih Empati
- Warga Tempatan Teruja Pertama Kali Dapat Lihat Motosikal Elektrik Pos Malaysia Di Jalan Raya
Pos Malaysia Bhd catat kerugian bersih sebanyak RM41.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025, lebih besar berbanding RM19.6 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lepas
Prestasi Pos Malaysia Bhd terjejas oleh sumbangan yang lebih rendah daripada segmen pos dan… pic.twitter.com/IaFpOFnYSz
— Ekonomi Rakyat (@EkonomiRakyatMY) May 21, 2025
Punca Pos Malaysia Catat Rugi
Prestasi Pos Malaysia Bhd terjejas oleh sumbangan yang lebih rendah daripada segmen pos dan logistiknya. Hasil turut merosot kepada RM467 juta daripada RM491 juta sebelum itu.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer menggunakan bahasa yang dianggap kasar terhadap pekerja membangkitkan pakaian seragam yang sudah usang.

Pihak syarikat mengakui dan telah menangani isu pakaian seragam rosak secara dalaman yang berlaku pada 19 Mac 2025.
“Kami telah mengambil tindakan segera dengan berkomunikasi secara langsung dengan kakitangan yang terlibat, dan isu ini telah berjaya diselesaikan sepenuhnya,” tulis syarikat tersebut.
Sementara itu, Charles pula dengan rasa rendah diri telah menyampaikan permohonan maaf kepada kakitangan yang terkesan.
Dia juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin tersinggung dengan kenyataan beliau sebelum ini.
“Beliau dengan jujur mengakui bahawa respon beliau seharusnya lebih berempati, dan dengan tekad yang kuat, beliau berjanji untuk terus membina budaya kerja yang saling menghormati serta menyokong semua warga Pos Wira,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Pos Malaysia sedia menambah baik proses dalaman untuk memastikan penggantian pakaian seragam dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.