Selari dengan perkembangan kemajuan masa kini, Pos Malaysia telah melupuskan aset mereka terdiri daripda motosikal lama yang digunakan untuk menghantar surat.
Menerusi video dimuat naik TikTok @gmart_group ramai berasa sangat sedih dan sayu melihat keadaan motosikal lama Pos Malaysia yang banyak berjasa buat sekian lamanya.
Baca Juga:
- Pos Malaysia Lancarkan Buku Nota ‘Peti Pos’ Berwarna Merah Yang Penuh Ikonik
- Perniagaan Tidak Sebaik Disangka, Pos Malaysia Jawab Gesaan Netizen Di Media Sosial
- Selepas J&T Express, Pos Malaysia Turut Henti Hantar ‘Parcel’ Ke Beberapa Negeri?
Tidak mahu sia-siakan setiap satu motosikal tersebut, G-Mart Group, sebuah gudang lelong automotif, kenderaan baharu dengan pengedar 4S dan pengimport & pengedar kenderaan terpakai menawarkan motosikal tersebut secara lelong kepada orang ramai.
@gmart_group Tips bila sampai untuk join lelong EX5 motor pelupusan aset dari PosMalaysia
“Alhamdulilah dalam sebulan itu (Ogos 2024), kami telah berjaya pergi ke seluruh semenanjung Malaysia untuk mengumpulkan aset-aset Pos Malaysia untuk dibawa masuk kedalam G-Mart Auction House kami yang bertempat di Hulu Langat.
“Jika anda berminat untuk sertai bida aset-aset ini, anda boleh datang viewing/testing motor yang anda suka di G-Mart Auction House Hulu Langat pada 15 & 16 November ini,” kata G-Mart.
Difahamkan acara lelongan itu boleh dibuat secara dalam talian, bagaimanapun pembida disarankan untuk datang sendiri melihat keadaan motosikal terlebih dahulu di gudang untuk mengelakkan ‘terbida’ motosikal yang sudah rosak teruk.
Selain motosikal, pembida juga boleh dapatkan beberapa barangan lelong lain seperti kereta, van dan SUV.
Jika anda berminat untuk mendapatkan barang lelong Pos Malaysia di G-Mart Group, boleh rujuk di TikTok @gmart_group.