Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou berdepan pemecatan oleh Spurs, terutama sekali jika dia gagal menjuarai UEL atau Europa League.

Postecoglou kini berada di bawah tekanan hebat, apabila masa depannya di kelab bergantung kepada kejayaan dalam saingan Liga Europa.

Postecoglou berdepan pemecatan akhir musim ini kerana prestasi yang tidak menentu dalam Liga Perdana Inggeris, di mana Spurs hanya mencatat satu kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir, harapan untuk meraih trofi kini tertumpu sepenuhnya kepada kejayaan di pentas Eropah. ​

Beliau mengakui bahawa pasukannya tidak mencapai standard yang diperlukan, dengan menyatakan bahawa persembahan mereka “jauh daripada tahap yang sepatutnya”. ​

Tottenham bakal berdepan kelab Norway, Bodo/Glimt, dalam separuh akhir Liga Europa dan jurulatih dari Australia itu mungkin akan dipecat sekiranya pasukannya gagal mara ke perlawanan akhir atau tewas dalam perlawanan akhir menentang sama ada Athletic Bilbao atau Manchester United.

Kelab Bodo Ini Jadi Pasukan Norway Pertama Layak Ke Semifinal UEL

Postecoglou berdepan pemecatan

Ini kerana kedudukan Spurs dalam liga membuatkan mereka tidak layak ke mana mana pertandingan Eropah musim hadapan. Satu satunya cara mereka mahu ke Eropah adalah dengan bergeluar juara UEL.

Jika pengurus itu berjaya membantu Spurs menjuarai UEL sekalipun, Daniel Levy dikatakan sedia untuk menawarkan Postecoglou peluang untuk melepaskan jawatannya atas persetujuan bersama.

Ange Postecoglou
Kredit Foto: REUTERS/Dylan Martinez

Levy dikatakan puas hati dengan usaha Ange Postecoglou yang boleh dikatakan telah berjaya membentuk DNA bola sepak menyerang dalam skuad Spurs. Namun tidak gembira dengan kedudukan pasukan itu pada carta liga.

Kali terakhir pengurus Spurs memenangi trofi bersama kelab itu ialah Juande Ramos pada 2008.

Ramai juga yang simpati ke atas cabaran yang dihadapi Postecoglou musim ini, terutamanya dari segi kecederaan, dan jurulatih dari Australia itu turut mendedahkan bahawa dia sedang menyiasat kemungkinan berlaku kebocoran maklumat dari dalam kelab tersebut setiap kali hari perlawanan.

Dia juga perlu menguruskan pasukan dalam suasana dalam stadium yang agak toksik dengan dipenuhi oleh protes terhadap pengerusi Daniel Levy dan pemilik ENIC, selain rasa tidak puas hati penyokong terhadap beberapa keputusan yang dibuat oleh kelab.

Postecoglou menegaskan bahawa dia “tidak tahu” sama ada dia akan kekal sebagai ketua jurulatih selepas musim ini berakhir. Dan media percaya Postecoglou berdepan pemecatan pada akhir musim ini.

Calon pengganti

Telegraph Sport mendedahkan bahawa pengurus Bournemouth, Andoni Iraola, dan pengurus Fulham, Marco Silva, akan menjadi antara calon utama untuk menggantikan Postecoglou, walaupun Bournemouth sedang berusaha keras untuk mengekalkan Iraola.

Mauricio Pochettino turut menyatakan hasratnya untuk kembali ke Tottenham suatu hari nanti, walaupun beliau kini mengendalikan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat dengan Piala Dunia depan dalam perancangannya.

Pochettino
Kredit Foto: Reuters/Matthew Childs

Pengarah teknikal Johan Lange pula dikatakan meminati pengurus Brentford, Thomas Frank ketika Postecoglou berdepan pemecatan oleh kelab itu.

Postecoglou sedar bahawa kegagalan Spurs layak ke UCL musimm hadapan menerusi slot selaku juara UEL akan membuatkan kelab itu berdepan kesukaran untuk berbelanja pada jendela perpindahan.