Seramai 30 pegawai imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di Indonesia dibuang kerja selepas dipercayai terlibat dalam sindiket memeras ugut pelancong warga China.

Kementrian Imigrasi dan Masyarakat menerusi menterinya, Agus Andrianto berkata keputusan ini diambil selepas menerima laporan dari kedutaan besar China di Jakarta yang melaporkan sebanyak 44 kes peras ugut yang dilakukan terhadap rakyatnya.

Baca Juga:

“Selepas lami menerima laporan, kami pecat semua petugas yang bertugas di Soekarno Hatta dan kami gantikan dengan petugas baharu,” kata Agus.

Menurut kedutaan besar China, ramai warganegara mereka yang menjadi mangsa pemerasan dan hanya sedikit yang membuat laporan rasmi dimana kebanyakan dari mereka enggan berbuat demikian kerasa risau dikenakan tindakan semasa berada di Indonesia.

China

Warga China Bukan Mangsa Pertama

Ini bukan kali pertama pegawai kerajaan Indonesia dikenakan tindakanm ekoran melakukan pemerasan dimana Pengarah Bahagian Narkotik Polda Metro Jaya, Kombes Donald Parlaungan Simanjuntak dipecat selepas membiarkan anak buahnya melakukan peras ugut kepada warga Malaysia yang mengunjungi konsert Djakarta Warehouse Project (DWP) 2024.

Menurut laporan media seberang, salah seorang wakil dari Polis Indonesia iaitu Trunoyudo Wisnu Andiko mendedahkan fakta yang mengaitkan Donald dengan kes peras ugut yang berlaku di konsert berkenaan.

“Hasil persidangan menunjukkan beliau (Donald) membiarkan atau tidak menghalang ketika anggotanya menahan pengunjung konsert DWP, baik warganegara asing atau rakyat tempatan,” kata Trunoyudo.

Menurut Trunoyudo lagi, anak buah kepada Donald telah meminta wang kepada pengunjung yang ditahan sekiranya mereka mahu dibebaskan.

Donald mengetahui perkara ini tetapi beliau memilih untuk membiarkan perbuatan anak buahnya yang melakukan peras ugut.

“Ini sudah menjadi tindakan peras ugut. Donald sepatutnya menghentikan perbuatan itu kerana sebagai pemimpijn, beliau mempunyai kuasa. Tetapi ia tidak dilakukan,” tambahnya.

Ketua Bahagian Profesion dan Keselamatan (Propam) Polis Negara, Inspektor Jeneral Abdul Karim menyatakan sebanyak IDR 2.5 bilion (RM718,068) sebagai bukti dirampas melibatkan 45 warga Malaysia yang menjadi mangsa.

Susulan itu, seorang netizen tempatan meluahkan kebimbangan dengan keselamatan dan juga kredibiliti pihak berkuasa di sana yang didakwa sengaja mengambil kesempatan terhadap pelancong dari negara jiran.

“Sejak dulu dan akhir-akhir ni ramai pelancong-pelancong Malaysia dipau imigresen dan kastam Indonesia.

“Imigresen disana akan minta tip sebelum cop pasport”, dakwa netizen di sebuah grup FB.