Pengarah Bahagian Narkotik Polda Metro Jaya, Kombes Donald Parlaungan Simanjuntak dipecat selepas membiarkan anak buahnya melakukan peras ugut kepada warga Malaysia yang mengunjungi konsert Djakarta Warehouse Project (DWP) 2024.
Menurut laporan media seberang, salah seorang wakil dari Polis Indonesia iaitu Trunoyudo Wisnu Andiko mendedahkan fakta yang mengaitkan Donald dengan kes peras ugut yang berlaku di konsert berkenaan.
Baca Juga:
- Polis Indonesia Sahkan 45 Rakyat Malaysia Kena ‘Pau’ Semasa Konsert Di Jakarta
- 18 Polis Indonesia Ditahan Peras Ugut Minta RM200,000 Pada Rakyat Malaysia
- Tular Kes Kena ‘Pau’ Cecah RM9 Juta, Netizen Tempatan Mahu Elak Melancong Ke Indonesia?
“Hasil persidangan menunjukkan beliau (Donald) membiarkan atau tidak menghalang ketika anggotanya menahan pengunjung konsert DWP, baik warganegara asing atau rakyat tempatan,” kata Trunoyudo.
Menurut Trunoyudo lagi, anak buah kepada Donald telah meminta wang kepada pengunjung yang ditahan sekiranya mereka mahu dibebaskan.
Donald mengetahui perkara ini tetapi beliau memilih untuk membiarkan perbuatan anak buahnya yang melakukan peras ugut.
“Ini sudah menjadi tindakan peras ugut. Donald sepatutnya menghentikan perbuatan itu kerana sebagai pemimpijn, beliau mempunyai kuasa. Tetapi ia tidak dilakukan,” tambahnya.
Ketua Bahagian Profesion dan Keselamatan (Propam) Polis Negara, Inspektor Jeneral Abdul Karim menyatakan sebanyak IDR 2.5 bilion (RM718,068) sebagai bukti dirampas melibatkan 45 warga Malaysia yang menjadi mangsa.
Susulan itu, seorang netizen tempatan meluahkan kebimbangan dengan keselamatan dan juga kredibiliti pihak berkuasa di sana yang didakwa sengaja mengambil kesempatan terhadap pelancong dari negara jiran.
“Sejak dulu dan akhir-akhir ni ramai pelancong-pelancong Malaysia dipau imigresen dan kastam Indonesia.
“Imigresen disana akan minta tip sebelum cop pasport”, dakwa netizen di sebuah grup FB.
Tambahnya lagi, wujud pandangan sesetengah pihak di sana yang mana isu Pau berlaku ekoran kebencian pihak negara jiran terhadap Malaysia secara khususnya.
Perkongsian netizen itu kemudian dihujani dengan sejumlah komentar yang mana ada yang berkongsi pengalaman masing-masing yang mendakwa pernah diperas ugut dan sengaja disasarkan kepada mereka.
Malah, sebahagian rakyat Malaysia yang ke sana mendakwa pihak berkuasa di Indonesia seperti tidak segan untuk meminta wang ‘sagu hati’ di tempat bertugas.