Ramai orang Malaysia memilih untuk membeli-belah di platform Pinduoduo kerana harga yang jauh lebih murah dan konsep pembelian berkumpulan (group buying) yang unik.

Di tambah pula penghantaran antarabangsa yang kini semakin mudah dan efisien ke Malaysia membuatkan orang Malaysia semakin yakin membeli-belah di situ.

Namun tidak semua orang mendapat ‘pengalaman manis’ daripada pembelian di platform tersebut.

Baru-baru ini seorang wanita terkejut apabila melihat keadaan powerbank yang dibeli daripada platform tersebut.

Beliau mendapati perlu memasang sendiri powerbank itu apabila menerima kesemua komponen berasingan.

@sh.norhidayu

Tula nak murah lagi..ni kalu hantar kedai suruh pasang rege dah sama tiktok dah 😆😆#pinduoduo #powerbank

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto

“Itulah nak murah lagi. Ini kalau hantar kedai suruh pasang, harga dah sama (beli dari) Tiktok dah,” kongsi TikTok @sh.norhidayu.

Menurut perkongsian warganet yang lain, ada yang mempunyai pengalaman yang hampir sama.

Tak Boleh Beli Sebarangan Di Pinduoduo

Ada di antara mereka yang mendapat ‘bahan mentah’ dari Pinduoduo dan pelanggan perlu membuat barangan itu sendiri.

“Barang elektrik dengan makanan jangan beli situ. Baju seluar baca elok-elok dulu. Jangan nampak murah terus beli. Sampai-sampai bukan baju, tapi pola baju. Pandai-pandailah kita kena jahit sendiri”

“Dekat Pinduoduo ini. Jangan main tekan beli saja. Nampak murah saja terus beli. Kena baca dulu butiran. Lepas itu tengok komen pembeli. Lagi satu, kena rajin translate Bahasa Cina dia itu,” kongsi netizen.