Presiden Prabowo Subianto mengaku terharu apabila mendapat tahu bahawa rakyat Indonesia merupakan rakyat paling bahagia di dunia.

Perkara itu berdasarkan hasil kajian atau survey oleh Global Flourishing Study (GFS).

Prabowo menyampaikan perkara tersebut ketika memberi ucapan dalam sambutan Puncak Perayaan Krismas Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Tennis Indoor, Gelora Bung Karno (GBK), Senayan, Jakarta.

Kajian tersebut dijalankan secara kolaboratif oleh Harvard University, Baylor University, dan institusi penyelidikan global Gallup.

Prabowo berkata: “Daripada hampir 200 negara, negara yang rakyatnya apabila ditanya menyatakan mereka berasa bahagia, negara yang berada di kedudukan nombor satu di dunia sekarang ialah Indonesia,” kata Prabowo.

Hasil kajian tersebut membuatkan beliau berasa amat terharu.

Ini kerana, menurutnya, walaupun mengakui bahawa sebahagian besar rakyat Indonesia masih menjalani kehidupan yang sederhana dan belum mencapai tahap kesejahteraan.

Namun di sebalik kekurangan dan cabaran itu, rakyat Indonesia masih menganggap mereka bahagia ketika ditanya oleh pihak yang membuat kajian itu.

“Ini mengharukan bagi saya kerana saya faham bahawa sebahagian besar rakyat kita sebenarnya masih menjalani kehidupan yang sangat sederhana, yang harus kita akui keadaannya belum sejahtera.

“Tetapi apabila ditanya, mereka masih mengatakan bahawa mereka bahagia. Ini membingungkan bangsa-bangsa lain dan mengharukan bagi saya,” katanya.

Prabowo kemudian berikrar untuk terus berusaha dan bekerja keras demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata usaha itu dilakukan bersama barisan kabinetnya yang diyakini sebagai putera-puteri terbaik Indonesia.
“Oleh itu, saya bersama para pembantu dan pegawai saya bekerja dengan sangat keras. Sudah satu tahun kita menerima amanah daripada bangsa Indonesia.

“Saya dibantu oleh para pembantu saya, yang saya akui sebagai putera-puteri terbaik bangsa Indonesia,” kata Prabowo.