Tinggal kurang dua minggu sahaja lagi Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti. Bagaimanapun, ‘kemeriahannya’ pada tahun ini kurang terasa berbanding tahun-tahun dahulu.

Terbaharu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, mana-mana premis perniagaan yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan ini akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ia bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan dan nilai kemerdekaan dan sekali gus menyemarakkan tarikh keramat negara itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh 2022 di perkarangan pintu masuk Bangunan MBI di sini, lapor Harian Metro.

Sumber Gambar: Facebook Majlis Bandaraya Ipoh

“Kompaun sebanyak RM250 akan diberikan kepada premis yang tidak mematuhi arahan memasang Jalur Gemilang,”

Tambah beliau lagi, pihaknya mengambil pendekatan menasihatkan pemilik premis yang tidak memasang Jalur Gemilang terlebih dahulu. Pendekatan itu tertakluk di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan kerana melanggar syarat lesen seperti mana syarat-syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan.

Terdahulu Buletin TV3 melaporkan lapan premis di bandar raya Kuantan telah dikompaun kerana gagal mengibar bendera Jalur Gemilang dalam ‘Ops Patriot’ dilancarkan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat, MBK, Norkamawati Kamal berkata, tindakan tegas itu dilakukan bagi memastikan pemilik premis mematuhui arahan mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan.

Pemilik premis gagal mengibar Jalur Gemilang dikenakan tindakan mengikut seksyen 107 (2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana gagal mematuhi syarat lesen iaitu tidak mengibar Jalur Gemilang di premis, jika sabit kesalahan boleh dikompaun antara RM250 dan RM1,000.

Baru-baru ini ada seorang lelaki dirakam merosakkan jalur gemilang yang berkibaran di tempat awam. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Dikesan Menggunting Dan Rosakkan Jalur Gemilang, Tindakan Lelaki Ini Undang Kemarahan Netizen

Pasang Jalur Gemilang Terbalik, Pemandu Lori Dan Pekerja Bangladesh Dalam Video Tular Ditahan Polis

Lim Kim Yew Mohon Maaf Isu ‘Hina’ Jalur Gemilang