Seperti ramai sedia maklum, bulan ini merupakan bulan kemerdekaan di mana dapat dilihat di merata-rata tempat sekitar Malaysia bendera Jalur Gemilang dikibarkan sebagai simbolik kepada Hari Kemerdekaan Malaysia.

Di sebalik usaha untuk memeriahkan suasana kemerdekaan, tular baru-baru ini apabila seorang pengguna merakamkan tindakan seorang individu lelaki yang dengan sengaja menggunting Jalur Gemilang berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut individu yang memuat naik video berkenaan, beliau pada awalnya telah menegur tindakan lelaki tersebut namun telah dimarah semula. Rakaman yang dibuat bertujuan dalam memperlihatkan kepada orang ramai sekaligus tindakan sewajarnya dapat diambil.

@malaysiapost

Apa yang dia sakit hati sangat ni? Habis dia gunting semua bendera di situ. Ini perbuatan melampau. #melampau #mentalhealth #jalurgemilang #merdeka2022❤️🇲🇾

♬ original sound – Malaysiapost – MP

Tindakan yang dilakukan jelas membuatkan para netizen berang melihatkan bendera kebanggaan negara seolah tidak dihormati. Malah, para netizen turut mengharapkan agar individu ini diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Sumber: tiktok @iekakartika__
Sumber: tiktok @iekakartika__
Sumber: tiktok @iekakartika__

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya ringkas malam tadi.

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan sewajarnya sekaligus menjadi pengajaran kepada orang ramai bahawa tidak menghormati Jalur Gemilang merupakan sebuah kesalahan.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini mendedahkan beliau telah menjadi mangsa ‘claim’ sifu bisnes atas kejayaan yang diperoleh menerusi perniagaan yang diusahakan. 

Sifu Bisnes ‘Claim’ Kejayaan Usahawan, Wanita Ini Dedahkan Pengalaman Dijemput Ke Seminar Pemasaran

‘You Berjaya Apa?’ – Sifu Pemasaran ‘Koyak’ Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu