Seorang lelaki OKU mental bernama Rahim dengan tanpa sebarang masalah mengibarkan Jalur Gemilang dengan betul.
Lalu netizen, mempersoalkan, apa alasannya ada pihak yang sihat fizikal dan mental masih lagi tidak tahu mengibarkan jalur gemilang sehingga terbalik.
Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan negara Malaysia. Jadi, ianya menjadi bulan kibaran Jalur Gemilang.
Agak mengejutkan apabila ada beberapa pihak malah institusi yang masih gagal untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan betul.
Rahim si OKU yang tahu Jalur Gemilang harus dikibar sebetulnya
Lantas, dalam satu perkongsian di X, seorang influencer telah meminta Rahim yang merupakan pemegang kad OKU Mental untuk mengibarkan jalur gemilang pada bulan kemerdekaan ini, dan Rahim setuju untuk melakukannya.
Walaupun mengalami kesukaran selaku seorang OKU, Rahim tetap dengan semangat patriotik telah berjaya melakukannya dengan sebaiknya.

Bukan itu sahaja, Rahim ternyata tiada masalah untuk melafazkan ikrar 5 prinsip rukun negara.
Abang ni OKU mental….tapi elok aje pasang Jalur Gemilang….siap hafal Rukun Negara lagi……
Terbaik la bang…. pic.twitter.com/J1OO0TbQnx
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 8, 2025
Seterusnya netizen yang lain turut berkongsi detik di mana kumpulan metal terkenal, Metallica yang pernah mengibarkan Jalur Gemilang di atas pentas.
Kumpulan metal keras itu tanpa sebarang masalah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang.
Netizen menulis: “Ini Metalica, mereka cuma duduk di Malaysia dalam 3 hari. Mereka malah tahu kedudukan yang betul untuk bendera Malaysia. Jadilah seperti Metallica.”
This is #Metallica They only spent like 3 days in #Malaysia. Even they knew how the flag should be positioned. Be like Metallica. pic.twitter.com/QyCZc288Ie
— James Hudson (@CaptainHudson7) August 5, 2025