Presiden La Liga, Javier Tebas mahu saingan Piala Dunia Kelab tidak lagi diadakan selepas ini.

Tebas berkata kejohanan itu “benar-benar tidak masuk akal” selepas menyaksikan kemenangan Chelsea 2-0 ke atas LAFC.

Baca Juga:

Piala Dunia Kelab
Kredit Foto: REUTERS/Brian Snyder

Presiden La Liga Mahu Piala Dunia Kelab Dihentikan

“Saingan ini patut dihapuskan. “Objektif saya ialah tiada lagi Piala Dunia Kelab, saya sangat jelas mengenainya,” katanya.

“Tidak ada keperluan untuk pertandingan lain yang menggerakkan wang ke arah kelab dan pemain [yang sama].

Piala Dunia Kelab
Sumber Gambar: MLS

“Model itu mempengaruhi keseluruhan ekosistem liga, terutamanya di Eropah.

Dalam masa yang sama, Tebas berpendapat saingan itu harus memakai format lama sekiranya FIFA mahu meneruskannya.

“Kami perlu mengekalkan ekosistem yang kami ada dan menghapuskan yang sekarang.

“Kekalkan seperti sebelum ini, apabila ia dimainkan selama satu hujung minggu dan itu sahaja. Tiada tarikh tersedia,” ujarnya.