Pengerusi Pakatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen di Padang Serai dan kekalahan tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman adalah tanda positif sokongan padu rakyat dan menunjukkan rakyat tidak teruja dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman dan majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Baca Juga:
- “Ini Adalah Barisan Kabinet Paling Mengecewakan Dalam Sejarah Negara” – Muhyiddin Yassin
- BKM, Mat Kilau Dan Anwar Ibrahim Muncul Antara Carian Paling Popular Di Google
- Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan Diumumkan, Ahmad Zahid Dan Fadillah Yusof Dilantik TPM
PRU15 PARLIMEN PADANG SERAI
Calon PN, Azman Nasrudin menang dengan majoriti lebih 16,000 undi.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 7, 2022
“Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara.
“Bagi saya, penipuan PH dan BN dalam PRU15 adalah ‘the biggest electoral fraud ever’ dan hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti ini,” katanya di media sosial hari ini.
Muhyiddin juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Azman Nasrudin atas kemenangan cemerlang beliau di Padang Serai dan mahu calon PN di Tioman, Puan Nuridayu Hashim untuk meneruskan perjuangan bersama PN.
Semalam, PN merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada PH pada PRU15 selepas calonnya, Datuk Azman Nasrudin menang dengan majoriti 16,260 undi mengalahkan saingan terdekat, Dr Mohamad Sofee Razak daripada PH.
Azman memperoleh 51,637 undi, manakala Mohamad Sofee mendapat 35,377 undi dan Sivaraj yang memberi laluan kepada calon PH berjaya meraih 2,983 undi.
Bagi DUN Tioman, calon BN, Datuk Seri Johari Hussain mengekalkan kerusi untuk penggal keempat pada PRU15 dengan mendapat 8,080 undi pada pertembungan lima penjuru. Calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim mendapati 7,507 undi.