Pemergian Allahyarham Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat dan dunia intelektual Islam.

Orang ramai, daripada anak murid hinggalah ke tokoh-tokoh ilmuwan, menyifatkan kepulangan beliau ke rahmatullah sebagai terpadamnya sebutir permata pemikiran yang tiada galang gantinya.

Penyanyi-penulis lagu legenda dari Britain, Cat Stevens atau lebih dikenali Yusuf Islam meluahkan penghargaan ke atas Allahyarham.

“”Semoga Allah merahmati roh Allahyarham Profesor Naquib Al-Attas. Kami amat merasai kehilangan besar atas pemergian beliau. Sumbangan beliau terhadap Islamisasi ilmu adalah tiada tandingannya.

“Inspirasi daripada Prof. Naquib yang telah meletakkan asas bagi penubuhan sekolah Islamia oleh saya pada tahun 1983. Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas terlibat secara mendalam dalam Persidangan Dunia Pertama mengenai Pendidikan Muslim di Makkah pada tahun 1977, yang mana kertas-kertas kerjanya telah menjadi tunjang kepada penyelidikan kurikulum kami.

“Semoga beliau ditempatkan bersama golongan para nabi dan para ulama sebagai salah seorang pendukung kitab suci Allah yang agung,” kata beliau.

Pada Disember 2025 lalu, kedua-duanya bertemu di Kuala Lumpur. Allahyarham telah menghadiahkan senaskhah buku karya beliau yang bertandatangan, bertajuk ‘On Justice, and the Nature of Man’ kepada Yusuf Islam.