Kumpulan Projector Band kini sedia untuk berkelana ke Indonesia kerana berkecil hati dengan sambutan hambar diberikan peminat Malaysia kepada mereka.

Projector Band pernah tampil menggegar industri muzik tanah air dengan lagu seperti Sudah Ku Tahu.

Tetapi kini mereka semakin dipinggirkan oleh peminat dalam industri seni tanah akhir. Membuatkan Projector Band tersinggung dan merajuk.

Perkara itu diakui sendiri oleh gitaris kumpulan Projector Band, Angah yang tersinggung dengan sikap segelintir pihak di Malaysia kerana tidak memandang bakat mereka sebaliknya menilai paras rupa.

Angah menyatakan pada satu ketika dia seolah olah sudah berputus asa kerana bakatnya menulis lagi tidak dihargai di negara sendiri. Angah pada masa yang sama mengakui Projector Band mahu melebarkan sayap dan mencuba nasib di Indonesia untuk mencari rezeki di sana.

Dipetik daripada mStar Online, Angah berkata: “Sebenarnya saya rasa nak berhenti buat muzik, saya pun manusia, mesti ada rasa putus asa juga, kadang-kadang terfikir juga kenapa bakat yang saya ada ini tidak dihargai ramai.

“Iyalah kita orang kampung, kadang-kadang orang lebih melihat apa kita pakai dari apa yang kita ada.”

Kini Projector Band menjalinkan kerjasama dengan artis Indonesia untuk memujuk hatinya yang sudah tersinggung.

Ianya dianggap telah membuka ruang semula kepadanya. Dia turut bimbang dengan bakat bakat baharu yang masih muda yang lain. Kerana mereka mungkin akan menerima nasib yang sama, bakat tidak dihargai kerana tak ada rupa.

Jika itu berlaku, Angah menegaskan dia tumpang simpati dengan nasib bakat bakat muda terpinggir ini.