Indonesia merupakan antara salah satu negara jiran di Asia Tenggara yang sedang membangun secara drastik bersama dengan pelbagai pelaburan dibuat dari dalam mahupun luar negara bagi kelestarian ekonomi negara tersebut.

Terbaru, negara tersebut telah memperlihatkan projek kereta api berkelajuan tinggi pertama Indonesia yang dikenali sebagai Kereta Cepat Jakarta-Bandung (KCJB) yang menghubungkan Jakarta dan Bandung dengan landasan sepanjang 142.3km.

KCJB mempunyai empat buah stesen perhentian utama di kawasan Halim, Karawang, Walini, Tegalluar dan sebuah depoh kereta api di Tegalluar. Setiap stesen bakal mempunyai jaringan pengangkutan awam lain yang boleh kita umpamakan sama seperti KL Sentral di Malaysia.

Indonesia memilih kereta api model CR400AF yang mampu membawa sejumlah besar penumpang yang dibahagikan mengikut kelas perkhidmatan terdiri Kelas VIP (9 penumpang),  Kelas Pertama (28 kerusi penumpang) dan Kelas Kedua (555 penumpang).

Kereta api ini mesra pengguna orang kurang upaya (OKU) dengan menyediakan ruang simpanan kerusi roda dan tandas yang lebih luas untuk keselesaan semasa perjalanan. Ia turut dilengkapi dengan ruangan makan untuk para penumpang yang sama seperti kereta api KTM ETS.

Model kereta api CR400AF ini mampu bergerak pada kelajuan maksima 400km/j dijangka dapat memendekkan tempoh perjalanan antara Jakarta dan Surabaya yang asalnya dari 3 jam menjadi sekitar 40 minit sahaja.

vocket-kereta-cepat-jakarta-bandung-1
Sumber Gambar: Twitter KeretacepatID

Difahamkan projek bullet train ini sepatutnya disiapkan pada tahun 2019 tetapi telah tertangguh atas sebab Jepun menolak untuk melabur pada projek ini dan mahu fokus pada projek kereta api konvesional Jakarta – Semarang – Surabaya.

Walaupun Indonesia menghadapi kekangan dana untuk meneruskan projek ini, tetapi negara tersebut tetap optimis untuk menyiapkannya. Ketika artikel ini ditulis, tarikh baru Kereta Cepat Jakarta-Bandung dijangkakan bakal siap pada tahun 2022 nanti.

Selain giat membangunkan projek kereta api berkelajuan tinggi pertama di Asia Tenggara, Indonesia juga sedang menaik taraf perkhidmatan internet dan menerokai sumber tenaga solar.

Mahu Seluruh Rakyat Terima Internet Sama Rata, Jokowi Minta Tingkatkan Pembinaan ‘Tol Langit’

Tesla Mahu Bangunkan ‘Power Bank’ 100MW Gergasi Di Indonesia