Pada minggu lalu pengguna perkhidmatan KTMB berkongsi sebab-sebab mengapa mereka enggan menaiki kereta api walaupun pada ketika ini trafik lalu-lintas mengalami kesesakan luar biasa.
Pengguna tampil menyatakan sebab-sebab tersebut selepas Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Rani Hisham Samsudin mendakwa rangkaian tren komuter KTMB yang sehingga kini kapasiti setiap tren yang beroperasi tidak penuh disebabkan pengguna enggan menggunakan pengangkutan awam itu.
Bagaimanapun, pada hari semalam, pengguna KTMB meluahkan rasa tidak puas hati di platform Twitter apabila perkhidmatan kereta api tergendala sehingga hampir dua jam. Kejadian itu berlaku di Bangi sebelum stesen UKM.
salam @ktm_berhad please improve your system ya. we have been stuck for more than 1h 30min and your back up came so late. currently still in train waiting for other train to pick us up. mind you ada orang nak pergi kerja ya dalam train ni— pic.twitter.com/rTDppYWNXE
— sony (@sunflowerflavo) June 7, 2022
Menurut salah satu pengguna terjejas, orang ramai berasa ‘lemas’ dalam tempoh mereka terperangkap lama di dalam kereta api, ini kerana pintu dan tingkap tertutup.
Hantaran ciapan itu telah menarik perhatian pengguna lain yang berasa hampa dengan perkhidmatan KTMB yang tidak memberi keselesaan dan ketepatan waktu kepada pengguna.
Ktm rosak hari ni, yg menarik nya tiada kenyataan rasmi dekat twitter @ktm_berhad. Yang ada reply ulang2 utk semua tweet yg tanya pasal train bila nak sampai. Betul2 perkhidmatan terbaik yg layak menang anugerah.
— Zira (@hazirahfarhanah) June 7, 2022
Org naik komuter sbb nak elak jem tapi dah naik komuter rosak pula adehhhh
— ♚ Azri Nadzri ♚ (@muhdazri97) June 7, 2022
Hi @ktm_berhad. Btw, dah sampai KL Sentral.Saya nak ucap terima kasih kpd staf2 KTM atas usaha2 mereka tadi. Cuma tak sedapnya, kene charge lebih dr sepatutnya (kad KTM). Tanya kakak kaunter, sbb dah exceed 5 jam (naik dr seremban 8.21am).
— SyamiRahim (@syamirahim) June 7, 2022
Naik KTM > tren rosak > delay perjalanan berjam-jam.
Akhirnya sampai destinasi, pihak KTM kenakan charge lebih sebab terlalu lama 'guna' perkhidmatan tren.
Tambah lagi satu sebab kenapa rakyat tak mahu guna tren @ktm_berhad https://t.co/CfTWYh3ai8
— MatMin (@MincentVanBoh) June 7, 2022
@ktm_berhad kenapa tak boleh refund tiket? dah kena sidai sejam lebih kat ktm ukm sebab komuter rosak bangi-kajang. bukan salah saya. saya dah keluar awal tau 🥲 pic.twitter.com/x9CViNRHOc
— bawangrangers (@hanisyanr_) June 7, 2022
sebagai pengguna ktmb sejak 2019, saya agak terkilan. isu-isu macam ni perlu ada pengurusan yang lebih baik. cadangan saya, sistem refund perlu ada reason yang spesifik supaya pengguna tak mengalami kerugian. saya bayar full payment, RM36 tu bermakna utk student mcm saya ni.
— bawangrangers (@hanisyanr_) June 7, 2022
Dalam kejadian semalam juga, ada pengguna dari Seremban terpaksa membayar caj tambahan (kad KTM) kerana ‘berada’ di dalam tren KTMB melebihi 5 jam.
Pada masa sama, terdapat pengguna tidak boleh membuat refund tiket ETS selepas tersangkut di stesen UKM kira-kira lebih 1 jam.
Hal itu membuat netizen mempersoalkan mengapa pengguna perlu membayar caj tambahan dan tidak boleh membuat refund walaupun tren KTMB yang bermasalah.
Warganet meminta agar pihak pengurusan KTMB dapat menambah baik mutu servis pada masa akan datang agar setiap pengguna dapat merasai perkhidmatan ‘kelas pertama’ pengangkutan awam yang sudah lama beroperasi di negara ini sejak 1885.
Baca pelbagai sebab yang diberikan pengguna mengapa mereka berasa berat hati untuk menaiki tren KTM.
Tidak Setuju Dengan Kenyataan CEO, Pengguna Kongsi Sebab Mengapa Mereka ‘Malas’ Naik KTM
5 Faktor Yang Perlu Diambil Berat Untuk Tingkatkan Mutu Pengangkutan Awam Di Malaysia
MB Johor Naik Bas Menyamar Jadi Orang Biasa, Mahu Nilai Sendiri Pengangkutan Awam