Memang seronok jika kita dapat jalankan bisnes bersama sahabat handai. Lebih-lebih apabila melihat bisnes itu memberi keuntungan lumayan dan berkembang pesat.

Datuk Dr Che Rozmey bukanlah satu nama yang asing dalam dunia bisnes di Malaysia. Wajahnya sering terpampang pada surat khabar satu ketika dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu video TikTok yang baru dikongsikannya, beliau menunjukkan sebuah bangunan 5-tingkat yang dalam keadaan usang terbengkalai.

@ddr_hotspot

Bila musuh adalah rakan baik mu #foryou #fyp #sifuddr #magnetkekayaan #tips

♬ Ungu_Andai ku tahu – ꧁ 𝑹.π’Œπ’‚π’š_π‘Άπ’‡π’‡π’Šπ’„π’Šπ’‚π’ ꧂

Menurut beliau bangunan itu telah dibeli pada tahun 2011 dan sepatutnya menjadi sebuah hotel yang dikenali sebagai ‘DDR World’. Bagaimanapun projek bernilai RM6 juta itu terbengkalai begitu sahaja selepas ditipu oleh bekas sahabat dan ‘geng’ sendiri.

Hantaran video itu telah mendapat simpati dan kata-kata semangat daripada netizen. Ramai meminta beliau menyambung semula projek tersebut untuk menjadi salah satu bangunan kebanggaan penduduk tempatan.

“Sukar sahabat. Scammer yang teruk ini. Biarlah mereka, Dr move one saja. Dr cuba bangkit. Terima kasih doakan dr,” kata Dr Che Rozmey.

Sumber Gambar: TikTok @ddr_hotspot
Sumber Gambar: TikTok @ddr_hotspot
Sumber Gambar: TikTok @ddr_hotspot
Sumber Gambar: TikTok @ddr_hotspot

Netizen turut menambah, kadang-kadang orang yang mahu jatuhkan kita bukanlah orang asing, sebaliknya mereka adalah orang terdekat dengan kita β€” sentiasalah berwaspada dalam setiap perkara ingin dilakukan, bimbang diri sendiri terjatuh sungkur disebabkan orang yang sangat kita kenali.