Sebelum ini, setiap kali berlaku kemalangan jalan raya pastinya ada ambulans yang terlambat sampai untuk memberi rawatan gara-gara kesesakan lalu lintas dan sifat tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna jalan raya yang menggunakan laluan kecemasan.
Namun dengan angkah terbaru yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak ini pastinya masalah ambulans lambat sampai ke tempat kemalangan dapat diselesaikan dan bantuan dapat diberikan dengan pantas.
Baru-baru ini, tular di media sosial di mana seorang pengguna Facebook, Mohd Ismail Ibrahim memuat naik beberapa keping gambar motorsikal yang seakan-akan ambulans mini.
Menurut perkongsian tersebut, kegunaan motorsikal atau skuter ini adalah untuk memastikan pasukan perubatan mampu sampai ke lokasi kemalangan dengan lebih cepat. Projek ini akan dijalankan di negeri Sarawak terlebih dahulu dengan hanya memfokuskan kepada bandar-bandar utama seperti Kuching, Miri dan Sibu.
Ini merupakan langkah yang menakjubkan dan amat inovatif oleh Kerajaan Sarawak. Semoga inisiatif ini dapat berkembang ke negeri lain. Dengan langkah ini, pastinya banyak nyawa dapat diselamatkan.
Terdahulu, 20 pemuda Malaysia antara peserta konvoi ambulans ke Syria. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
20 Pemuda Malaysia Antara Peserta Konvoi Ambulans Terbesar Di Dunia, Bawa Misi Untuk Syria
Kematian Kerana Kemalangan Buat Saya Sedar Bagaimana Masyarakat Jepun Hargai Nyawa