Nampaknya filem Pirates of the Caribbean (POTC) di mana pelakon Margot Robbie menjadi teraju utama tidak akan menjadi kenyataan apabila projek itu dikatakan telah digugurkan oleh Disney.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Margot menerusi satu bual bersama Vanity Fair. Dia berkata filem female-focused Pirates of the Caribbean itu sudah berada di fasa perbincangan tetapi tidak ada keputusan untuk sama ada untuk meneruskan projek itu atau pun tidak.

Baca Juga:
- Johnny Depp Enggan Berlakon Pirates Of The Caribbean Lagi Walaupun Ditawarkan RM1.2 Bilion
- Johnny Depp Digugurkan Oleh Disney Untuk Filem Terbaru ‘Pirates Of The Caribbean’
“Kami mempunyai idea untuk hasilkan filem ini di mana perempuan akan memegang peranan utama; sebuah filem yang baharu (tidak mempunyai hubungan dengan filem POTC sebelum ini) dan ia sangat menarik. Tetapi saya rasa mereka (Disney) tidak mahu hasilkannya,” kata Margot.
I think I'm okay with this.
Calling it "#PiratesOfTheCaribbean" and NOT including #JohnnyDepp/#CaptainJackSparrow is a bad idea, IMO.https://t.co/FwZkp2dBep
— The RIGHTFUL President Hawger! (@RB26416392) November 16, 2022
Pada tahun 2020, Margot Robbie telah diumumkan bakal membintangi siri POTC yang bakal ditulis oleh penulis skrip Birds Of Prey, Christina Hodson. Ia bukan karya spin-off tetapi satu jalan cerita yang fresh dan memperkenalkan watak serba baharu.
Produser POTC sebelum ini, Jerry Bruckheimer dikatakan bakal terlibat dengan projek ini dan Jerry berkata terdapat dua skrip melibatkan POTC sedang dalam pembikinan – satu dengan Margot dan satu tanpa dia. Jerry tidak memberitahu lanjut tentang projek ini dan berkata ‘masih belum ada kepastian’ sama ada Johnny Depp akan kembali dalam siri POTC atau tidak.
Johnny Depp yang sudah sinonim dengan watak Jack Sparrow telah berlakon dalam 5 filem POTC di mana dengan beliau sebagai wajah utama, POTC telah berjaya membuat kutipan seluruh dunia USD4.524 bilion (kutipan box office untuk 5 filem). Mampukah POTC belayar dengan megah tanpa Johnny Depp?