Cape Verde rasmi layak Piala Dunia 2026 dan menjadikan mereka negara kedua terkecil pernah layak ke pentas akhir Piala Dunia.
Dari pantai di lautan Atlantik ke Piala Dunia
Negara kecil di tengah Atlantik itu akhirnya melakar sejarah. Cape Verde dengan populasi tak sampai 600 ribu orang — kini layak ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah mereka.
They say there's a first time for everything, don't they? 🤩
Cape Verde write history and become our 6th representatives at the 2026 #FIFAWorldCup 🇨🇻✅ pic.twitter.com/UTTI94VXgI
— CAF_Online (@CAF_Online) October 13, 2025
Bagi rakyatnya, ini lebih daripada sekadar bola sepak.
Ia adalah kisah identiti, kebanggaan, pengorbanan dan impian yang dibawa oleh angin laut sejak generasi terdahulu.

Dari pantai berpasir di Praia hingga lorong sempit di Mindelo, bola sepak sudah lama menjadi nadi kehidupan masyarakat di sana.
Dan rakyat mereka seringkali membanggakan pemain pemain warisan berdarah Cape Verde yang bermain di Eropah.
Projek skala kecil namun berimpak tinggi
Cape Verde tiada dana besar dalam projek bola sepak mereka. Malah tiada bintang bola sepak dunia dari senarai kelas A.
Namun apa yang mereka ada adalah, visi dan kesabaran. Persatuan bola sepak Cape Verde tidak mengejar kejayaan segera. Mereka melabur pada akar umbi.
Di mana mereka telah mewujudkan akademi akar umbi di setiap pulau. Seterusnya mereka membangunkan jurulatih menerusi program khas.
Dan yang ketiga adalah, mereka mulai berhubung dengan rantaian atau jaringan diaspora rakyatnya di Portugal, Belanda, dan Perancis.
Pelan itu mengambil masa bertahun-tahun untuk matang. Kini, hasilnya sudah mula berbuah — bukan sekadar kelayakan ke Piala Dunia, tetapi satu sistem bola sepak yang mula berdiri atas kaki sendiri.
Diaspora: Projek pemain warisan
Cape Verde mendapat kemerdekaan daripada Portugal kira kira 50 tahun lalu. Oleh kerana mereka tidak memiliki populasi yang besar, serta gedung bakat yang terhad, kerajaan mulai giat melancarkan projek menjejak pemain warisan.
Cape Verde has been independent from Portugal for just 50 years and has a population of approximately 525,000, although most live abroad.
Since they lacked professional soccer players for years, the Federation began tracking players with Cape Verdean roots abroad.
Thus, they… pic.twitter.com/Q3pK22L84s
— Ja Oyugis (@EngLenroc) October 14, 2025
Separuh daripada skuad mereka lahir di luar negara. Tapi bila menyarung jersi biru kehijauan Cape Verde, mereka bukan lagi pemain import — mereka adalah anak bangsa yang pulang membawa mimpi tempat kelahiran moyang, datuk nenek, atau ibu bapa mereka.
Cape Verde 🇨🇻 qualify for their first World Cup! Smallest ever nation (after Iceland) to qualify with 525k inhabitants (plus a large diaspora).
Lots of amazing stories here but one is Roberto 'Pico' Lopes – spent entire career in Dublin/League of Ireland, now going to the WC. https://t.co/VRUDVPDiu6
— Colin Millar (@Millar_Colin) October 13, 2025
Dari pemain yang ditempa di akademi Eropah hingga bintang tempatan yang diasuh di padang pasir Mindelo, setiap individu membawa semangat dua dunia. Mereka diterapkan dengan disiplin profesional Eropah dan jiwa kental Afrika.
Rata rata pemain yang bermain di Eropah ini bermain dalam pertandingan seperti UECL.
Simbiosis dan saling belajar
Pemain pemain di kepualauan Cape Verde belajar daripada pemain warisan yang mendapat pendidikan bola sepak lebih sistematik di Eropah.
Sementara pemain pemain warisan ini pula belajar tentang semangat dan sejarah datuk nenek atau leluhur mereka. Dari sini mereka mulai membanggakan darah Cape Verde yang mengalir pada diri mereka.
Perlawanan Persahabatan Tier 1: Malaysia Berjaya Ikat Cape Verde 1-1
Tiada pemain berlagak bintang. Yang ada hanyalah rasa saling hormat menghormati dan saling menyokong.
Dan mereka selalu rasa bangga bahawa bangsa mereka masih lagi wujud di dunia ini walaupun tidak ramai dan tinggal di kepulauan kecil. Itu simbol kekentalan masyarakatnya.
Mereka bukan sekadar bermain bola, namun mereka bermain untuk menyambung tali yang tidak pernah putus antara tanah asal dan diaspora.
AFCON: Semangat semakin membara
Segalanya bermula daripada kejutan di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON). Setiap kali mereka melangkah ke kejohanan itu, Cape Verde membuktikan mereka bukan pasukan pelengkap.
Mereka bermain dengan keberanian yang mengejutkan lawan — malah sempat menewaskan nama-nama besar dan mencipta sensasi.
Kejayaan di AFCON menjadi batu loncatan. Ia membakar keyakinan bahawa Cape Verde mampu lebih jauh. Dari situ, sasaran berikutnya jelas sekali, Piala Dunia.
Terutama sekali perubahan format baharu Piala Dunia dengan 48 pasukan, Cape Verde mahu menjadikan ia misi penting walaupun dianggap sukar.

Mereka mulai mendaki selangkah demi selangkah dalam ranking dunia FIFA.
Walaupun tidak ada siapa yang sedar akan perkembangan negara itu, mereka senyap senyap berada di kedudukan yang sangat baik dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Malam Kelayakan Piala Dunia Bersejarah
Malam kelayakan terakhir — tegang, penuh emosi.
Minit akhir, jaringan kemenangan meletup di stadium kecil mereka.
Wisel penamat ditiup, dan seluruh negara seolah-olah berhenti bernafas seketika sebelum meletus dengan sorakan penyokong mereka.
Di Lisbon, Rotterdam, Boston, dan Luanda — diaspora Cape Verde menangis sambil memeluk dan mencium bendera Cape Verde.
Ia bukan sekadar kemenangan bola sepak. Ia adalah pengiktirafan global terhadap satu bangsa kecil yang berani bermimpi besar.
Cape Verde kini menuju ke Piala Dunia pertamanya. Bagi ramai pihak, ini hanyalah satu kisah bola sepak. Tapi bagi rakyat Cape Verde, ini adalah mesej kepada dunia.
Seorang penyokong mereka berkata: “Kami mungkin kecil di peta, tapi jiwa kami sebesar lautan yang mengelilingi kami.”
Cape Verde bukan lagi sekadar titik kecil di Atlantik.
Kini mereka adalah cerita besar dalam dunia sejarah sukan nombor 1 di dunia, bola sepak.