Sabah merupakan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia dan juga pelancong asing. Anda akan dihadiahkan dengan pemandangan yang menarik dan pastinya memberikan ketenangan.
Jika anda lihat dalam filem, pasti ada daripada anda yang menginginkan untuk sambut ulang tahun atau parti dan bercuti di atas bot mewah. Mungkin ini peluang yang terbaik untuk anda!
Sebuah bot mewah kini sedang ditawarkan dengan harga promosi serendah RM149 untuk dewasa dan RM139 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Bagi kami, harga bot mewah seperti ini dengan tawaran harga ini cukup berbaloi.
Pakej yang ditawarkan ini termasuk dengan snorkelling, makanan buffet, air minuman, aktiviti dalam bot, gelongsor dan banyak lagi. Berbaloi ke tak? Selama 5 jam belayar, anda juga dapat ke beberapa pulau di Tunku Abdul Rahman Park.
Buat anda yang ingin ke Kota Kinabalu, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan buat tempahan segera. Promosi ini sah sehingga 31 Ogos 2020 sahaja dan anda boleh hubungi pihak mereka di sini.
Apa kata kita semarakkan industri pelancongan dalam Malaysia ketika ini. Kami kongsikan beberapa artikel berkaitan tempat menarik di Sabah pada pautan di bawah ini.
Lokasi Pelancongan Hebat Yang Anda Boleh Lawati Jika Berada Di Sabah
‘Gua Lipas’ Terbesar Dunia Di Sabah Ini Tawar Pengalaman Unik Kepada Pengunjungnya